Tuesday, March 16, 2010
BF & Training...
tapi bila aku tau traininng tu 4 hari..terus aku terpaksa reject..lama tu..since aku still fully BF, 4 days away from my baby is not a luxury i'm looking for..banyak cons dari pros nya.. that separation will disturb my pumping & feeding routine..which will definitely disturb my supply..
Bukan tak boleh bawak Zahra..tapi kalu bawak Zahra..my hubby pun kena ikut..takkan dia nak cuti 4 hari gak...ada opis mate cakap..tak kisah sbb stok aku banyak..tapi bila aku congak..9 botol per day time 4 days...36 bottles...perghhh..mampu kah aku nak top up balik...rather not take the risk...36 bottles tu bukannya sikit...nak kena exhaustive power pumping tu..nak cover stok hari2 pun terkial2..ni plak nak cover banyak2...aku belum boleh percaya kemampuan aku..though i think i am a mental warrior..ni more than that..ni bukan setakat memerlukan semangat dan keazaman yg sungguh maha kuat.. tapi pengorbanan dari segi masa sekali..aku rasa la kan..kalu aku nak dapat 36 botol tu...mau kena cuti seminggu which i can't afford to do so...
Aku positive that Insya allah, akan ada lagi peluang ni dimasa akan datang...kalu setakat training kat KL ni aku tak kisah..seminggu pun takpe..coz aku still boleh pump masa lunch & petang plus I still can direct feed my baby..
Aku teringat one of member SI yg kena course PTD..tiap2 minggu hantar stok balik umah 4 her baby..kagum gile aku ngan minah ni..kalu kat hotel tu ada tempat nak store EBM mungkin tak banyak masalah kut..tapi kalu kat fridge pun paling kuat tahan 3 hari..kalu masuk freezer, kalu kuarkan sure EBM tu akan "ter"thaw..
Akuu ni je nis malas nak pikir.. since my boss memahami, aku rela menarik diri..Insya allah pengorbanan ku ini ada hikmah disebaliknya..hanya Allah yg maha mengetahui..segalanya for my precious babies..
Saturday, March 13, 2010
Carrying pump naik LRT...
"still pumping"
"yap"
"Baby dah berapa bulan"
"dah 6 bulan.."
"You drive ker"
"Nope..naik LRT"
"You bawak beg pump berat2 tu naik LRT?"matanya buntam tgk aku..
"Yap..kenapa??Ok jer..."
Aku tak paham knp dia mesti terkejut..cam la susah sangat nak angkut beg tu..sangkut jer atas belakang.. ada sekali tu ex boss aku cakap aku cam budak nak pie sekolah jer ngan beg pack tu..hahaha..positively aku take it as I'M STILL YOUNG...hahahhaha
berbalik pada isu mengusung bawak beg pump naik LRT..sesungguhnya aku tak rasa ianya membebankan pun...as long as my baby can fully BF..i'll do anything for it..
so kepada mommies yg berazam nak full BF tu..jgn la malas..jgn pikir beban...tapi fikirlah benefit of BF to your babies..and insya allah, pahala yg menanti...
Saturday, February 13, 2010
My new journey...
my new job assignment is soooooooooooo "sibuk"...there no such day as hari tanpa meeting.. on top of those meeting, there are still tasks to be completed..emails to respond to...reports to prepare...huhuhu..OMG...what i've done?? i was looking for a more challenging job...and my wishes came true..but am i rready for it...guess need to juggle my life now..
on top of that my pumping session has gone hay wire..ikut sempat jer..kekadang tu kena sneek out of the meeting room...sib baik i'm no longer facing the no let down reflex problem...kalu tak sure stress tahap gaban..kekadang tu susah gak nak sneek out if meeting tu mmg highly relate to my tasks...huhuhu...
since that's the choice i've made...i've to live with it la kan??i don't think it is much problem kalu aku tak fully BF..ni on top of the hay wired pumping session, nak balik lambat pun masalah besar gak...takut tak cukup stok for Zahra nak minum kat umah...so far, i've managed to make sure i reach home the latest by 8pm..so ngam2 by then Zahra nak susu lagi..
so soklan aku...sapa cakap senang bila you choose to fully BF your baby???mencabar tau.. so to those yg selalu look down at people like me..cuba korang juggle your time like we do...and WHAT SAY YOU???
yg paling best, on 10-11 feb ari tu aku kena attend training kat Grand Millennium..sekali la ngan company2 lain..masa aku dok pump susu kat surau masa lunch break tu, ada sorang kakak ni tegur aku..dok tanya2 pasal breastfeed ni..bila aku citer kat dia kata aku fully BF my baby..dia siap kagum..dia siap cakap.."Insya Allah banyak pahala awak.." waktu tu happynya aku...amin...
masa tu ada dua tiga org coursemate dlm surau tu..BF dah jadi topik perbualan la plak.. siap semua org share ngan aku masalah BF depa..ada sorang minah ni, dia cakap dia give up full BF after 6 months sbb baby dia refuse EBM..dia cakap baby dia sanggup berlapar dari minum EBM..tapi sbb aku kena rush masuk class, tak sempat plak aku nak tanya dia, camne la plak baby dia minum FM kalu anak dia refuse EBM...musykil la plak..ke baby dia tak minum susu langsung sbb dah start on solid...sbb dia ada mention yg baby dia malam mmg full BF...misteri???heeheheheheh
Cuma masalah aku, setiap kali kena kerja atau training kat luar ni, aku jadi cuak...what if tempat tu takde power outlet??dah biasa pakai electric pump (double) ni, rasa cam "malas" nak pakai avent manual aku tu..ye la...dah la manual, single lak tu..bukan apa, it will take longer time..heheheh..teruk tul la aku ni kan...
Wednesday, January 27, 2010
Hari ni aku training...
huhuhu...semalam masa dapat instruction yg tetiba aku kena pie training ari ni, aku mula gelabah...mana la aku nak pie lepak pump susu ni??? dulu masa Zafran aku pakai Avent ISIS manual pump...so takde masalah.. tapi kali ni pakai spectra3...jenuh aku SOS kengkawan tanya kat mana nak lepak pump susu...
tadi aku telah berjaya la mengepam sambil mendengar ceramah kat surau...siap bawah multiple point sendiri kot la takde suis extra...sebab kat surau tu depa ada tambah kipas berdiri so mmg ada power outlet la..
baru semalam aku reschedule pumping sessionku...tetiba hari ni lari lagi schedule tu.. ye la..masa training nak lari pie pump camne??jarak lab ngan surau bukannya sekangkang kera...kang miss plak syllibus ku...kang aku plak yg bangang tak tau nak run report dikendian hari..huhuhu...
sib baik pagi tadi before pie training centre aku dah pump dulu sekali...kasi kosong dulu..so walaupun sehingga tgh hari ni aku baru sekali pump, supply ku masih maintain la...cuma hopefully esok takde la kacau supply balik...
Tuesday, January 26, 2010
No Let down reflex..part 2
siap LC terchenta aku ni try buat diagnose lagi...macam2 dipikirkan sebab musabab aku takde let down..sampai ke conclusion yg mungkin sbb aku dah seminggu takde let down so tiap kali nak pump aku cam suspen samada kali ni akan ada let down atau tak...(korang paham tak apa yg cuba ku katakan ni???)
atas nasihat beliau..hari ini aku sudah mencuba satu kaedah baru...kerapkan pumping session & membaca novel author paberetku (Noor Suraya) sambil mengepam... hasilnya.... voalla!!!! berjaya mendapat let down.. pagi tadi session kul 9.30 dpt hasil...session kul 12.30 pun ada hasil...ni nak kena tunggu session kul 4 plak..doakan berjaya ya...tapi kul 3.30 ada meeting...kuar jap la nanti..
apapapun aku ingin mengucapkan:
& SOKONGAN MU!!!
JASAMU DIKENANG...
Monday, January 25, 2010
No Let down reflex..
berikut adalah berdasarkan desktop research ku :
1. let down reflex adalah sebahagian dr proses penyusuan. Hormon Prolactin & oxytocin mempengaruhi tindakbalas ini yang membolehkan susu dihasilkan dan dirembeskan ke dlm milk glands untuk dikeluarkan melalui milk ducts.
2. Oxytocin akan stimulate otot2 disekeliling breast bagi mengeluarkan susu.
3. setiap ibu mempunyai sensation yg berbeza-beza..ada yg akan rasa slight tingling, ada yg rasa sedikit tekanan atau ketidakselesaan atau kesakitan..tapi ada gak org yg tak rasa apapapun..
4. kesakitan, stress, embarassment, demam, caffein, rokok, alcohol, ubat2an atau anxiety boleh mempengaruhi tindakbalas ini. ini akan menyebabkan susu akan tersekat di milk gland yg mana akan memyebabkan kesakitan & kerengsaan. the release of extra adrenaline in the mother's system (the "fight or flight" response) can reduce or block the hormones which affect let-down.
5. ketidak hadiran tindak balas ini mungkin juga disebabkan oleh puting yg bengkak atau merekah, berjauhan dari Baby, pembedahan pada breast atau kerosakan pada tisu breast akibat trauma yg terdahulu.
6. adalah normal bagi ibu2 utk menghadapi kesukaran dlm mendapatkan let down reflex ini semasa proses mengepam susu. Susu may be there tapi we are facing a hard time letting down and releasing the milk. (ni yg aku sedang alami...breast menunjukkan tanda2 ada susu tapi bila pump susu tak nak kuar pun...tension!!!!!)
7. Sometimes a cycle is created, where baby fusses and pulls off atau kita pump tak kuar2 sebab the let-down is slow, which makes mom tense up, which makes the let-down even slower.
Treatment :
a. relax - dah buat tapi tak jalan..dah sampai tertido dah..
b. be comfortable and a comfortable nursing position & location - how comfortable can i be??kat office maaa..
c. Reducing distractions during nursing - dah sorang2 dlm bilik solat ni..still tak jalan gak..
d. gentle massage - dah buat..maybe salah teknik kot..
e. applying heat to the breast - ni belum try..
f. tgk gambar baby - dah try gak...
g. dengar recording suara baby nak nyusu atau bunyi dia isap susu..paling tidak bayangkan baby masa dia nak isap susu - dah cuba bayangkan tapi tak jalan gak..imagination tak cukup kuat kot.. tapi dah try watch video dia dok main2 lagi..tapi tak jalan gak..
h. bawak blankie atau baju baby..cium & sentuh bila dah sedia nak mengepam.. - ni lom buat..esok try bawak hankie dia la..
apapapun, jika masalah berterusan, silalah berbincang dengan LC... jap lagi nak p call Pn Zatul Hijanah... TOLONG!!!! SOS!!!
Monday, January 18, 2010
Rambut ku semakin menipis...
so sabtu lepas, aku nekad untuk memotong pendek rambutku.. sampaikan buntang rambut hair stylist tu bila aku cakap aku nak potong pendek sampai paras telinga rambutku yg mayang mengurai itu (perasan la tu!!)...heheheh
i was told that the hair fall is due to me breastfeeding...at first aku percaya lah..tapi bila aku nak karang entry ni, aku buat la desktop research skit...ternyata itu semua tidak benar... hair fall after delivery tiada kaitan dgn breastfeeding...Stopping breastfeeding will not change the amount of hair lost, or how fast it grows back..ingat tu!!!
melalui desktop research ku, didapati bahawa, normally rambut kita ni ada 3 stage iaitu grow, resting & shedding.. and the cycle will go on & on.. pada kebiasaannya average woman akan gugur 100 helai rambut sehari!!
semasa kita mengandung rambut kita akan tumbuh dgn galaknya...due to increase of estrogen level, rambut kita akan berada lebih lama dlm growing stage..biasanya growing stage adalah selama 3 tahun (kalu tak silap la) dan jumlah rambut yg dlm resting stage akan berkurangan therefore you'll notice kurang rambut gugur semasa preggy..mmg aku perasan yg rambut ku sungguh cantik masa aku preggy...
selepas bersalin, estrogen level akan menurun dgn drastiknya..dan rambut2 yg berada di growing stage akan beralih ke resting stage...resting stage ni usually berlaku selama 3 bulan.. sebab tu selepas 3 bulan kita akan perasan rambut kita gugur baai nak rak..orang tua2 cakap kalu baby mula main buih, lagi teruk rambut kita gugur..ini kerana secara kebetulan baby kita mula main buih at the age of 3 months..hehehe..hair loss can seem more extreme if your hair grew much more than normal during pregnancy, or if you have long hair.
jgn risau..your hair will go back to the pre-pregnancy thickness dlm masa 6-12 bulan selepas kita bersalin...maksudnya by the time kita celebrate our baby's 1st birthday, rambut kita akan kembali ke asal..tapi the texture of your hair is never exactly the same. It may be wavier or straighter or more dry or oily than it was before pregnancy. Ini mungkin disebabkan oleh perubahan2 hormon yg telah dilalui...
adalah dicadangkan menggunakan conditioner & sikat rambut tu dgn lembut..sila avoid blow drying atau ikat rambut terlalu ketat..paling senang..guntingla rambut jadi pendek... lagipun rambut pendek lagi senang diurus memandangkan kita ada baby kecil yg nak diurus..jika keguguran rambut anda tidak berkurangan, sila berjumpa dermatologist atau doctor kerana ada beberapa penyakit yg dikaitkan dgn hair loss ie: thyroid & low in iron
jika rambut anda yg gugur tu bersepah-sepah, silalah berhati2 kerana anggota badan baby yg kecil itu senang menyebakan rambut2 yg gugur itu terbelit pada mereka especially pada jari mereka..disebabkan struktur rambut yg halus itu, bila terbelit boleh mengakibatkan baby kita sakit..
Friday, January 15, 2010
kenapa saya perlu breastfeed??
tapi kenapa saya begitu beria-ia promote susu ibu ni?? sebab banyak khasiatnya... antaranya:
- melawan penyakit spt jangkitan kuman pada telinga, cirit birit, sembelit, jangkitan respitori, meningitis, diabetic, allergy,asthma, obesiti & SIDS. Ini kerana khasiat dan nutrien dari BM membantu meningkatkan kemampuan sistem imunisasi bayi bagi menghalang jangkitan dan mengurangkan pembiakan virus atau bakteria..
- BM ini mengandungi banyak nutrisi dan senang dihadam..laktos, protein dan lemak yg terkandung didalam BM senang dihadam oleh sistem pencernaan bayi yg belum matang.
- kos yang sungguh rendah & hampir2 FOC kerana BM won't cost u a cent..dan juga disebabkan BM kaya dengan imuniti & antibodi maka baby yg breastfeed akan kurang sakit dan ini akan mengurangkan kos hospital & mengurangkan time off ibubapanya dari office untuk menjaga baby mereka.
- pernahkah anda dengar yg apa yg ibu makan/minum, baby yg BF akan merasa taste yg sama dlm susu mereka.. itu betul.. itulah keunikan BM..apa yg dimakan oleh ibu mereka akan dialirkan terus kepada baby melalui susu ibu.. sekaligus, baby akan didedahkan kepada different taste & flavors bergantung atas apa yg dimakan oleh ibunya..
sila ingat...ibu yg menyusu memerlukan 500 extra kalori setiap hari..pastikan anda makan makanan yg berkhasiat & well ballanced foods..
- sungguh convinience.. susu yg fresh sentiasa tersedia..yg penting, tak perlu bangun ditengah malam untuk menyediakan susu..kekadang dlm mengantuk2 tu susahnya nak bangun bancuh susu kan???lagi sakit hati kalu mintak our partner in bed tapi dia buat bodoh jerk...hehehe..bila kuar berjalan2 pun tak perlu bawak bekal susu..kalu zaman mak2 dulu, nak berjalan siap kena bawak susu, air kosong & air panas dlm termos..tak yah nak sterlize botol...
- ada kajian menunjukkan baby yg fully breastfed have slightly higher IQ dari yg formula fed...(jgn ada yg sentap sudah..) tapi ada probability nya jugak kot.. anak sulung ku adalah anak BM + FM..compare ngan anak kawanku yg fully on BM, anak kawanku nampaknya lebih cergas..hehehe..baik compare ngan anak sendiri..kalu compare anak org nanti ada yg sentap...
- skin to skin contact antara anak & ibu akan mengeratkan lagi hubungan emosi antara kedua2nya..tu lah masa untuk bond dgn anak.. yg jelas aku perasan, anak daraku walaupun seharian bersama bibik dirumah, bila dgn aku & bibik or babah dia nak amik, dia akan macam takmo jer..siap bergalih tempat lain...
- membantu 1st time mothers utk lebih yakin untuk menjaga sendiri anak2 mereka..
- ibu2 yg menyusu akan lebih cepat reduce their weight especially after bersalin.. ini kerana mereka akan burns more calories.. plus, rahim akan kecut lebih cepat berbanding ibu2 yg tidak menyusu..
- ada kajian yg menunjukkan BF boleh mengurangkan risiko breast cancer, high blood pressure, diabetes,cancer uterine & ovari. kajian juga membuktikan bahawa ibu2 yg menyusu sekurang-kurangnya 7-12 bulan selepas bersalin mempunyai risiko yg lebih rendah untuk mendapat penyakit yg berkaitan cardiovascular..
- susu ibu mengandungi sekurang-kurangnya 100 bahan kandungan yg tidak terdapat dalam susu formula...
- so far takde yg dapat membuktikan ada baby yg allergic terhadap susu ibunya sendiri.. tapi banyak baby yg allergic kepada susu formula ie: CMPA (cow's milk protein allergy)
- baby yg menyusu badan selalunya kurang kembung, colic atau muntah2 kecuali ibunya hentam kromo makan apa saje yg melintang depan mata..
- poopoo & weewee baby yg BF biasanya kurang stinky
- gigi baby yg BF biasanya lagi kuat & lurus..
Banyak tu reasons on why kita kena breastfeed..ditekankan disini...KENA!!!! lainlah kalu mmg ada halangan yg tak dapat dielakkan...tapi sebenarnya kebanyakan halangan aka alasan yg biasa kita dengar seperti susu tak dak..nipple tenggelam..tu boleh di atasi...seperti kata pepatah...NDAK SERIBU DAYA..
kalu ada masalah nak establish breastfeeding, silalah cari support group..infact most hospital kat malaysia skang ni breastfeeding friendly hospital..the nurses & mid wife are ever willing to assist you in establishing breast feeding...
just nak share my own experience masa second baby ni...aku bersalin melalui proses c-sect pada minggu ke-37.. masa 1st day, Zahra menangis tak henggat punye..aku yg masih dlm recovery status yg sungguh menyakitkan itu sungguhlah stress sampai my blood pressure naik..despite of dia duk bergayut jer, still dia keriau.. 2nd day juga begitu.. aku mula cuak..sbb masa abg dulu 2nd day dah kuar colustrum..ni bayang setitis colustrum pun tak nampak...hubby pun cuak gak...tambah2 bila dia tgk aku stress.. habis dia call..siap tny gynae..siap mintak mid wife dtg tgk aku.. gynae bagi aku peripheram yg boleh increase milk production..& d mid wife siap dtg tgk boobies aku lg..dia pun confirm kata colustrum aku tak kuar lg..tapi dia seboleh mungkin tenangkan aku..dia kata just encourage zahra to latch on..insya allah.. mmg betul...masuk hari ke-3, breastku mula engorge..amik ko!!! masa tu Allah saje yg tau..gembira tak terhingga...2 hari takde..hari ke3 terus engorge.. mana tak engorge, zahra asyik tido jerk..hahahaha.. start from there, aku dah tak toleh ke belakang...aku terus breastfeed dia hingga hari ini dan insya allah sehingga dia sendiri yg tak mo atau hingga ada aral yg melintang..
dulu masa Zafran, i was sooooo naive...1st time mother..so banyak terpengaruh ngan org sekeliling...especially the elderly..ye la...mereka kan lagi dulu makan garam..so percaya lah cakap mereka bulat2.. end up Zafran mix feeding sampai umur dia 10 bulan.. keburukan mix feeding adalah bila kurang stimulation dari baby, maka milk supply akan berkurangan..lama2 supply tak boleh mengisi demand lagi.. so kali ni aku lagi pandai..dah ramai kawan2 yg fully breastfeed..so suppport tu sungguh kuat...tambah plak hubby pun dah pandai pasai BF ni & mmg 200% behind me on this mission.. thanks for that Babah...sila ambil maklum bahawa support from people around you amatlah penting.. especially your family members.. carilah support group yg bersesuian untuk membantu anda menjayakan usaha anda untuk BF your baby...
sesungguhnya...anak kawan saya yang berumur 4 tahun dan masih menyusu telah membuat statement bahawa breast milk adalah susu suam yg paling best.. sila ambil maklum bahawa kanak2 berusia 4 tahun sudah boleh membezakan antara yg sedap atau tidak..dan telah merasa pelbagai jenis makanan..sesungguhnya kanak2 tidak pernah menipu..
so bak kata nabil...LU PIKIR LA SENDIRI!!!!
wassalam...
Tuesday, December 29, 2009
Prolonged Breastfeeding May Protect Against Childhood Leukemia
The study showed that breastfeeding for less than six months was associated with an odds ratio of 2.79 for contracting a lymphoid malignancy compared with children breastfed longer than six months.
Researchers from the United Arab Emirates University compared 117 children with various forms of lymphoma and leukemia who were treated at the same hospital between 1983 and 1997 to a 117-member control group of healthy children matched by age and sex. All children in the study were Bedouin Arabs.
A report on the researchers' findings appears in the January 2001 edition of the European Journal of Cancer. The researchers say that with this study and others, the protective effect of longer breastfeeding against childhood leukemia and lymphomas is now more firmly established.
Source: European Journal of Cancer; 37:234-238.
: http://www.breastfeeding.com
Nursing Strike
He was on nursing strike when he was 9 months old...reason?? aku pun tak tau kenapa.. he totally refuse direct feeding.. so he only depends on EBM + FM.. i still express my milk tapi lama kelamaan the milk supply stops.. the reasons that i can think of are might be the low supply or i did change my parfum which he doesn't like..
What is a nursing strike??
It is an abrupt breast refusal. Usually it will last for a few days or weeks. It's not easy to discover what is causing the strike and sometime the cause is never found. The nursing mother may get engorged or plugged ducts. While the baby is on a nursing strike, the mum need to express her milk as often as her child nursed. try to avoid using bottle to feed the baby but use syringe, spoon or cup instead.
Ada beberapa factor yg may caused nursing strike:
-
A cold or stuffy nose, which inhibits breathing while nursing
An ear infection, which causes pressure or pain while sucking and swallowing
-
Discomfort from teething, a cold sore, or an infection (such as thrush)
-
A fever or a heat wave that makes bodily closeness less appealing
-
Fear that Mom may yell as she did last time he tested those new chompers on her
-
A newfound preference for bottles (if your child is given frequent bottles, he may like the faster milk flow, have nipple confusion, or be reacting to a reduction in Mother's milk supply)
-
Overuse of a pacifier, which may meet some of his sucking needs but leave him uninterested in the breast
-
A major disruption in routine, such as moving or your returning to work after a maternity leave
-
An unusually long separation from Mom (a business trip or a weekend away)
-
Reduced milk supply - if you've been stressed out, your supply may be reduced
-
A change in the taste of Mom's milk, caused by the resumption of your periods, spicy or unusual foods, a vitamin or drug, or a new pregnancy
-
A new deodorant, soap, or perfume applied on or near the breasts
-
Strong let-down - the milk may be letting down too quickly for Baby's liking, which may make him frustrated and refuse to latch on
-
Poor nursing habits - at around four months, when a baby begins to realize life is happening around him while he nurses, he may be squirmy or position himself awkwardly at the breast
-
Too much to do - busy six- to nine-month-olds are easily distracted and often opt to "snack" at the breast over settling down for a full meal
-
tanpa sebab yg diketahui... :-?
How to overcome??
- lots of attention and skin-to-skin contact.
- Try nursing when he is sleepy
- Try to minimize distractions. Nurse in a quiet, dark room, or put on some soothing music.
- Try different nursing positions, and try nursing while in motion
- Try getting your milk to let down before you attempt to nurse so that dia tak grumpy tunggu let down yg lambat.
- Offer the breast frequently. Don't wait till he's really hungry.
ilmu perlu dikongsi kan???
Thursday, December 17, 2009
Kenapa saya tak breastfeed??
cuma nak berkongsi citer yg diperolehi dari kawanku...
aku masih boleh terima alasan kenapa dia tak breastfeed coz masa dia dulu tu, masih ramai yg belum aware pasal breastfeeding among working mothers.. aku respect minah ni sbb dia berani mengaku dia dulu malas...straight to the point..tak de dolak dalik.. cuma dia jadi bahan ketawa kami satu geng yg majoritynya BF.. especially bila dia cakap dia lagi sanggup bagi anak dia minum susu yg dipam dari direct feeding sbb dia nak tido...hahahaha... yg kelakarnya dah la masa tu pakai pump manual yg jenis tarik kat belah bawah tu..tak ker nyusahkan diri sendiri.. so lama2 without any stimulation, susu pun kering la...
sebenarnya banyak sebab ibu2 tak menyusu.. antaranya:
1. susu takde..
mmg la takde masa hari pertama tu..hanya kolustrum yg ada.. it is a highly concentrated creamy milk which is brimming with antibodies, proteins, vitamins and anti-infective agents. the amount of colostrum your baby needs is small, But you should let the baby suckle whenever he wants to. His suckling will stimulate your system into producing mature milk, and frequent suckling in these first few days will help prevent engorgement when the milk does come in.
selepas 2-3 hari, you'll notice that your breast will become heavier kerana volume susu sudah meningkat. susu ini akan lebih cair & putih.
BM mengandungi foremilk & hindmilk dimana foremilk adalah penghilang dahaga (hi in lactose but low in fat) & hindmilk hi in fat yg diperlukan utk pertumbuhan bayi.pastikan bayi mendapat both dgn membiarkan dia feed selama yg mungkin. jika sekejap sangat, dia hanya akan dapat foremilk shj yg akan menyebabkan dia cepat lapar, meragam & colicky
samada teknik pumping yang salah atau pump itu yg tidak berkualiti.. jika menggunakan pump electric yg good quality, it should not be any problem..
susu skit sangat??? mmg la susu awal2 tu skit.. basically new born minum dlm 1.5 - 2 ounce shj setiap kali menyusu.. the volume will increase as they grow.. kalu you bagi FM pun..cuba perhatikan, bayi takkan habiskan 3 oz sekali hentak (normally lah).. usually akan ada interval.. dia akan minum sikit2 berulang2.. so jgn panik kalu 1st time you pump hny dapat dlm 1.5 oz.. RELAX.. tu penting.. bagi memastikan you can produce plenty of milk.. stress is not good for you...
3. Mak kata baby saya lapar tak cukup susu
Sokongan dari org sekeliling amat penting.. before bersalin, talk to your hubby, mother & MIL about breastfeeding...let them understand.. jgn tertekan dgn kata2 org sekeliling.. kalu baby lapar, all you need to do is bagi BM.. menyusu.. for the 1st week tu, baby akan menyusu dlm kadar masa yg lama...dia seakan melekap jer dgn anda.. but don't worry.. dgn cara itu dia akan mendapat susu yg mencukupi & at the same time, you are creating a stronger bond between you & your baby..
banyak lagi alasan2 yg pernah aku dengar.. kekadang tak masuk dek akal.. tapi aku paling respect org yg ngaku dia tak tahu pasal BF atau malas.. tak yah berselindung2..
secara kesimpulannya, semuanya disebabkan kurangnya info ttg BF yg sampai kepengetahuan mereka..
ps: aku bangga ada kawan yg telah berjaya menjadi certified lactation counselor..Pn Zatul Hijanah Ramzi..
Increasing milk supply utk ibu2 bekerja
A question was posted to the lactation counselor on decreased in milk supply once the mother started working.. antara intipati jawapannya adalah:
1. jenis pump
terdapat perbezaan antara pump manual atau pump yg baterry operated dgn double electric pump. Bagi ibu2 yg ingin melakukan sesi pumping yg kerap, adalah lebih wajar jika menggunakan hospital grade pump.
Double pump banyak membantu dimana ia bukan shj mengurangkan masa pumping, ia juga meningkatkan tahap prolactin yg mana membolehkan penghasilan lebih banyak susu dlm masa yg singkat.
2. Kerapkan pumping session
it is to stimulate the milk production. more frequent, it will be more stimulated.. the ideal stimulation is 8 times within 24 hours..ini termasuk stimulation through direct feeding. kalu dicongak, 5 kali direct feeding dirumah plus 3 kali pumping session di office.
Pumping for ten minutes three times a day will do more to build the supply than pumping for twenty minutes twice a day.
3. Relax
this happen to me alot.. there's always tendency utk tgk byk mana susu dah kuar... kalu nampak skit, then mula la gelabah..Putting this kind of pressure on yourself only makes you tense and keeps your milk from letting down fully. take a break.. jika anda pump utk beberapa minit tapi takde let down, stop pumping. Relax.. Trust me...it does works!! Try stretching, deep breathing, getting a drink of water, massaging your breast, listening to soft music, or anything at all that helps you relax. Then try pumping again. Kalu duduk berjam2 tp takde let down tak de gunanya.. It's very important to try to relax, and breaking the pumping session up into smaller increments may help accomplish this.
4. Emptied the breast after feeding or Double pump with your baby
Pump after feedings for five minutes, or on the other side when your baby takes one breast at a feedings (your supply will be more plentiful in the mornings)
5. Minum banyak air & makan makanan yg berkhasiat.
tak semestinya minum bergelen2..janji anda tidak dahaga.. drinking before feeding or pumping does helps.. makanan yg berkhasiat amat penting coz it will be transfered to your baby.. tak semestinya makan banyak...tapi makanan yg seimbang.. cuba perhatikan pemakanan anda..apa yg anda makan yg boleh meningkatkan milk supply.. different people reacts differently to different food..
6. Amik supplement yg boleh increase milk supply
banyak tumbuhan herba dan sayuran yg boleh membantu meningkatkan milk supply seperti halba (fenugreek), jintan putih (cumin), pegaga, kaduk, longan kering, lobak putih,jantung pisang, pucuk betik dan banyak lagi.. tapi tak semestinya semua makanan ini memberikan kesan yg sama kepada semua orang. Ada ibu yg react to certain food ada yg tak...semuanya perlu try & error
USAHA TANGGA KEJAYAAN... think about the benefits of breastmilk to your baby..
Buying breast pump..
mmg tak dinafikan double electric breast pump is the best... ameda, spectra, medela, mini-e & etc.. dari ratusan hingga ribuan ringgit ada dijual..pilih aje ikut kemampuan..
mungkin aku berbunyi seperti riak.. tapi inilah kenyataan yg perlu difahami oleh setiap ibu yg berhajat untuk menyusukan bayi mereka..
Soalan aku kepada rakan2 yg masih belum membuat keputusan samada nak bagi BM atau FM.. korang tau tak harga FM berapa ringgit skang?? korang tau harga breastpump berapa?? Cuba check kat pasaraya..be it Tesco, Giant, carrefour, pacific & yada yada.. acclaimed good quality FM can cost you RM60++.. kalu bagi FM, sebulan brp kg?? bususk2 kalu newborn 1.5 - 2kg.. that will cost you about RM120 sebulan.. breast pump plak..electric double pump paling koman dlm RM400++.. cuba congak.. kalu beli RM400, dlm 3 bulan dah balik modal.. taking into consideration you spend RM120 sebulan.. the fourth month tu you dah start gaining profit dah..
memang la terasa bila nak kuarkan RM400 sekali hentak.. tapi through well planning, it should be no problem.. anda mengandung untuk 40 weeks.. cuba simpan RM50 sebulan..by the 8th month you dah afford to buy it..
Nak menyambut ahli baru dalam keluarga memerlukan belanja yg banyak...no doubt about it.. proper planning & budgetting will help you a lot.. kalu nak shopping baju & alatan bayi tu, jgn tunggu last minute.. beli skit2 dari seawal 5 atau 6 bulan.. barulah tak terasa duit yg kuar tu.. lagipun it will help you to manage your monthly financial better.. kalu nak sangat shopping benda2 tu masa sale, save up an amount of money from your monthly pay for that purpose.. disiplin kena kuat yer...
Apapapun, setiap apa yg kita buat mestilah untuk kebaikan semua pihak.. especially our family..
dan jangan lupa...UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI...
Wednesday, December 16, 2009
Kaduk oh Kaduk
I like.. so resepi nasi ulam ku sepatutnya mujarab bagi ibu2 yg menyusu... especially dlam tu ada pegaga & kaduk
masa dok browse internet for info on daun kaduk ni, i've stumble to one entry yg bercerita ttg betapa bestnya dia makan keropok daun kaduk.. ala2 keropok bayam tu...daun kaduk tu dicelup tepung dan digoreng macam goreng pisang... ni satu resepi yg mesti dicuba..
satu lagi obsession aku kalu p restoran siam yg ala2 Amarin tu..mesti gatal nak order Mieng Kam..ala daun kaduk yg makan ngan kacang, kelapa, cili, halia, bawang & sauce tu.. best tu...
Selama ni aku tak tau plak ulam kesukaan ku ini boleh menambah susuku.. skang makin suke la aku dengan daun ini...
Wednesday, December 9, 2009
Freezer oh freezer.. part 2
punya la excited, semalam kononnya nak p beli teruslah...memandangkan freezerku dah nak muntah ni...
from our last visit to Tesco Ampang, rege chest freezer tu dm RM799.. tapi saja gatai, aku ajak hubby singgah dulu kedai letrik depan ampang point tu.. sebab dulu masa nak beli oven, aku dah usha freezer tu... tapi masa tu aku tgk regenya RM1000++. Semalam lepas nego, taukeh tu nak bagi aku RM830.. Mula2 dia bagi RM850 after 15% discount.. tapi seperti kebiasaannya, aku & hubby akan push below that lagi.. last2 dia agree bagi RM830 & no extra cost for delivery... tapi aku tak pueh hati gak... nak gak p tgk kat tesco.. sbb seingat aku regenya tak sampai RM800...
Mula2 contemplate gak samada nak angkat yg elba ni atau mistral..yg mistral tu ada 4 drawers.. rege dm RM950..the set back is that it is smaller & tak boleh kunci.. tapi bila difikirkan.. ada ker org nak curi makanan dari freezer?? oh ya.. mungkin juga la sbb kami plan nak letak freezer ni kat belakang, sebelah mesin basuh.. alakan selipar asadi buruk kami yg ala2 croc tu pun kena rembat.. inikan pulak makanan..tapi come to think of it, kalu curi makanan nanti benda tu jadi darah daging.. tapi pencuri pikir lagu tu ker?? kalu pikir sure dia tak mencuri kan??hahahahaha
masa kat tesco, tanya punya tanya, mmg regenya RM799 tapi ada delivery charge RM40.. pastu bleh dapat after 3 days plak tuh... terus cancel la.. so kesimpulannya aku akan p beli kat kedai letrik ampang tu gak ler... Dah la jimat RM10.. boleh dapat terus plak tu...
Tapi sungguh sugul hatiku...tak leh nak pie beli ari ni sbb lepas opis nanti kena rush p KLIA antar Mak Itty nak balik KB..huhuhuhu... takpela..esok masih ada.. jgn esok mamat tu kata takmo bagi rege tu sudah...ada yg aku bakar kedai tu kan...hahahahahah
Excitement ku sudah mencecah tahap gaban.... hehehehehe
Tuesday, December 8, 2009
Freezer oh freezer..
Petang semalam, freezer ku dah cam nak muntah dah.. penuh sangat...belah atas tu dah maximum capacity dah..
ada org siap tanya aku, anak you tak minum susu ke?? minum...tapi rezeki dia melimpah ruah...apa nak buat?? aku dah siap pakai bekas tapau sebab nak utilize space dlm freezer ku..
Nak menambahkan peningku lagi, hari ni plak susuku melimpah ruah...huhuhuhu...ni tgh pening..mana la aku nak simpan susu2 ni??
Aku pernah menyuarakan hasrat hati kepada hubby utk angkat chest freezer.. tapi bila pikirkan balik, there are reason not to... antaranya..
1. bil api akan melambung.. skang pun bil dah mahal...
2. lepas Zahra tak menyusu, apa aku nak buat ngan space yg banyak tu??
3. mana nak letak lagi??umah ku tu bukanlah banglo bosar..
4. dalam lain2 alasan yg kekadang tak masuk akal la jugak...
so skang what should i do??? should i start plucking flower petals.. beli or tak yah beli??? hahahahaha.. betul la org cakap.. menyusu ni banyak betul challengesnya.. dari menepis sogokan dan sindiran orang on breast milk, supply tak cukup..sampai la kes cam aku ni...takde tempat nak simpan... mmg cam remeh..tapi bagi aku isu ni pening gak ler sbb kami bukanlah dari golongan yg earning 5 digit salary...huhuhu...
adakah aku perlu buat keputusan nekad utk beli saja peti tu??
Wednesday, November 11, 2009
Gambar Freezer ku..
skang hubby dah risau mana nak letak lagi lepas ni.. ada can tak aku nak dapat freezer gabak yg aku idamkan tu??? heheheheh...
Friday, October 9, 2009
Breast feeding...
aku masih bertahan...Zahra masih on full BM...semangat berkobar-kobar nie...tengah bertungkus lumus & berkerja keras untuk kumpul stok... sehingga saat ini, dah ada 24 bekas...hopefully by the day aku nak masuk opis (2nd week November nanti), aku ada sufficient stok..target aku minimally 50..
kali ni aku awal2 pakai bekas tapau tu..so that i can save some space dlm peti... ye la, dulu kalu dlm freezer tu penuh ngan EBM pun tak pe sbb aku tak yah pikir pasal nak simpan stok lauk utk masak...kalu hari malas tapau jer... dulu zafran duduk nursery..so tak yah pikir pasal lunch dia sbb lunch dia pun aku buat stok frozen jer... la ni zafran dan zahra duk umah...so kat umah kena la ada stok lauk...kalu tak kebulur la anak teruna aku...tu belum campur stok frozen roti canai favorite dia...hishhhh... ni tgh pikir camne lagi nak susun EBM dlm freezer tu...cam tak muat je... ni yg buat aku pasang angan2 nak beli freezer gabak tuh...yg macam 7eleven simpan ais tuh...hahahahahaha...
Ari tu, MIL aku dah tanya, nanti campur susu apa?? what??? sah2 kali ni aku nekad nak exclusive BF.. hishhh... 2 kali dia tanya...cam tak yakin... siap cakap kalu dah kering camne?? aku jawab jer..."bile dah kering, masa tu la baru fikir.." memang la bunyi cam arrogant semacam, tapi i need to menetapkan penndirian aku... aku takmo jadi cam zafran dulu... masa tu naive giler..budus pun ada gak.. bila org cakap baby nangis sbb tak kenyang, and suh top up ngan formula, kita buatla...dah top up pun, baby still nangis...rupanya babyku actose intollerance.. jumpa pead, dia suh tukar ke soy based milk... kita pun buat la...
tapi kali ni aku dah pandai skit...aku dah amik precaution steps...aku buat stock banyak2.. at least kalu ada hari2 yg drop tu, aku tak stress sangat...apa org nak cakap atau hasut...cakap la... aku nanti lawan balik... sesungguhnya www.susuibu.com banyak membantu aku...walaupun takde la sampai tahap sifu, aku rasa ilmu didada ni cukuplah untuk buat aku berjaya exclusive BF kali.. target aku biarla sampai 2 tahun...
yang pasti, hubby ku suka banget ngan rancangan aku ni...ye la..save banyak katanya...susu skang kan mahal...cukupla kena kuar duit utk diapers dia jer...insya allah.. aku selalu berdoa agar Allah mempermudahkan usaha aku kali ni... amin...
ni aku nak share ngan korang satu incident yg aku jumpa masa aku bawak Zafran jumpa pead dia last saturday... ada la sorang mamat ni tgh dukung baby...aku perhatikan jer... nampak cam kecik benar...siap berbungkus rapi cam baby less than 1 week... assitant doctor suh dia bawak baby dia p lab buat blood test.. aku terus meneka, ni mesti kena jaundice..masa dia masuk balik klinik utk tunggu result blood test tu, bapak dia duk sebelah aku, aku ni mmg kaki kepochi skit.. tambah plak bila aku tgk bapak dia ni bagi baby tu minum air kosong dari botol... lama2 tak tahan aku tgk...aku tegur la bapak baby tu...ni la lebih kurang dialog kami...
"Dah berapa hari ni?"
"4"
"kenapa? Kena kuning ke?"
"Ha'ah"
"Dia on breast milk ker?Dah campur?"
"Breast milk..tak campur pun."
"bagusla...baby kalu on Breast milk mmg lambat skit hilang kuning dia..my baby pun 20 hari baru hilang. Just make sure dia menyusu banyak.." ala2 doktor plak...cam la aku ni pandai sangat kan??? hahahaha
"Dik... kalu baby on Breast milk, tak yah bagi air kosong.. nanti habis la lining yg susu tu buat dekat gut baby tu wash away." nasihat aku lagi...
"ni sbb mak dia takde..sbb tu la bagi air kosong jer..."
"kenapa tak pump susu bawak?"
"takde pump lagi..."
hai la...kalu anak org yg aku kenai..mau aku amik bawak p nyusu ngan aku...kalu aku offer, mesti bapak dia tak cayakan aku...mau dia ingat aku nk culik anak dia...hehehe kenapa la tak beli pump siap2 sebelum bersalin...mesti depa ni ni takde pendedahan pasal BF..dulu masa aku 1st time, aku dapat info on BM thru brochures di clinic gynae...skang ni dah takde kot..aku pun tak perasan masa dok p buat check up ari tu..aku tak amik port sbb aku dah tau katne nak cari info or advice... apapapon, aku doakan the new parent ni will come across any of the support group cam kami dulu...at least ramai yg nak tolong nanti...
aku nak rakamkan jutaan terima kasih aku kepada SUSUIBU.COM yang banyak membantu aku selama ini...dari 1st time aku BF sampai la ke second baby aku ni... tanpa SI sure aku pun bangang2 pasal BF ni...
Wednesday, September 9, 2009
Zahra... first time feeding...
Nama yang telah didaftarkan di pejabat pendaftaran negara adalah SITI AMIRA ZAHRA BINTI MOHD ARIFF... a very adorable bundle of joy...
First time to go thru a c-sect guna spinal anesthetic.. nightmare..dulu masa zafran, i was on emergency operation, so no choice kena guna GA..kali ni kononnya aku nak experience operation tu dlm keadaan sedar... semua org tanya aku betul ker i have the guts to go thru it...the operation tu takde menda sangat tapi the post operation tu yg aku tak tahan... i was not allowed to moved and need to tido flat for nearly 18 hours...
OMG...dah la bersalin...baby meracau nak nyusu...kita tak leh nak gerak...warghhhhhh.... disaster... masa zafran dulu, once aku sedar aku dah boleh gerak skit2... so takde masalah nk BF dia...ni aku dilanda stress tahap gaban...malam tu aku ngalah...aku try BF dia sampai kul 3.00am...dia still tak pueh...yer la susu pun lom kuar lagi...aku nk gerak pun sakit... last2 hubby tak sampai hati tgk aku, mintak nurse bawak baby p nursery...kat nursery depa bagi la skit susu formula since dia asyik nangis jer..
Zahra ni cam sleepy bird dlm cartoon pocoyo tu...siang asyik tido jer..kejut pun tak mo bangun for feeding...bila malam menjelma, dia dah bertukar jadi burung hantu...asyik nak bertenggek jer...second nite still a disaster...despite of aku dah boleh gerak and jalan pelan2, susu aku lom establish lagi...stress!!!!!!! agaknya ni la masalah bila kita dah ada experience BF sebelum ni... kita tertekan bila tak rasa ada kehadiran susu tu... aku asyik compare ngan masa zafran...masa zafran dulu, second day dah ada susu...aku stress tahap tension gile sampai hubby minta tolong nurse dari nursing tolong aku... bila dia check breast, mmg susu tak masuk lagi...yeahhhh.... sememangnya not helping at all...bila dia confirm susu tak masuk aku lg stress... zahra asyik nk bertenggek...kesian aku tgk zahra... agaknya nurse tu dpt rasa stress aku tu..dia siap nasihat aku...yg kelakarnya...tu la kata2 yg aku selalu bagi kat 1st time mommies bila depa fail to BF...nah!!! eat your words la kan???? yg buat aku lg tension is despite of my gynae dah prescribe ubat tambah susu, susu still malu2 nak kuar... second nite tu lagi sekali hubby hantar baby ke nursery for alternate feeding....
pagi hari ke-3 tu...vollaa!!!! bangun pagi susu dah mula establish...alhamdullillah...tuhan aje yg tahu seronot nya aku masa tu.... zahra is enjoying every secs and drops of it... skang ni sampai bengkak2 la breast... sesungguhnya Allah akan menolong kita jika kita berusaha....
apapapun...kalu ada rezeki, aku takmo dah go thru spinal ceasarean lagi lepas ni...since dengan penyakit aku ni cam impossible utk aku bersalin normal, i'll go for GA jer...at least belah malam tu aku takde banyak masalah nak BF baby... since dah rasa dua2 ni...i can do better decision in the future... bila nak lagi sorang??? gap 1 tahun???2 tahun??? 3 tahun tu cam lambat sangat since aku bukannya muda lagi...hehehehehehehe...
Alhamdullillah atas rezeki yg Allah kurniakan kepada kami ini... Amira Zahra merupakan cucu pompuan tunggal to both sides... so imagine la betapa tingginya potensinya akan di spoilkan oleh semua org??? semalam ajer dah ada 3 org offer nk belikan baju raya dia.... aduhhhhh... pening ibu ngan babah la camni.... hehehehehehehe
