Sunday, October 31, 2010

Adik dah boleh jalan...

Actually dah sebulan lebih adik boleh jalan..cuma ibu yang sibuk sampai tak sempat update.. First steps dia start on 22nd September...disebabkan dia ni penakut skit..it takes her longer to properly walk..after 3 weeks baru la boleh fully jalan..skang ni tahap tak larat nak kejar..kehulu kehilir...skang ni dia tgh notty giler..kekadang abang pon kena bully ngan dia...kekadang tu abg mai ngadu kata adik "buat" dia..hahaha...sapa taiko ni???



last month for the first time adik kena bronchitis virus attack..24th September she was warded at APSH..pead pun kagum sbb after 1 year dia baru kena..abang dulu 6 bulan dah kena..dah la masa tu sibuk ngan Business plan submission..and babah tgh sibuk siapkan document for SIRIM audit...sib baik kami ni ada nebuliser kat umah..so doctor discharge suh sambung amik gas kat umah jer..



it all started bila aku noticed adik cam penat semacam jer..breathing pun cam pendek2...dia mmg dah 2 hari flu & demam..tapi tak la teruk sangat..so kami bawak dia pie jumpa pead..terus kena tahan..tu pun aku sempat bargain dulu ngan doctor..mintak admitkan dia malam tu..sbb aku & babah dia kena pie opis dulu..kena settlekan a few things before aku boleh cuti...mmg a very stressfull time la masa tu..dgn opis dok roger2 mintak update document..dah la wifi APSH tu cam @##%$^..hampeh tul..tu yg kena koutim ngan doctor mintak discaj awal tu..it may sound selfish..tapi nak wat camne..it was a win-win situation la..adik still continue with her medication and me & babah can continue working from home..apa2 hal pun kalu doctor kata tak leh sure kena ikut kan??so it must be OK..kalu tak, sure doktor tak bagi discaj kan???




Aku rasa delay in adik kena attack is due to she is fully breasfed..abang dulu campur dari awal2 lagi..aku perasan..adik ni kalu demam pun tak teruk..flu pun biasanya kejap2 jer..tu pun sbb jangkit ngan abang yg bawak balik virus dari sekolah... bila tgk adik kena buat physio ni, it just turn back the clock..ingat masa abang dulu..almost every month kena warded..adik ni pun cam abang gak..sakit tak serupa sakit..bueh semacam jerk..1st day tu jer la yg terjelepuk..once OK skit terus melasak...







Saturday, September 25, 2010

Selamat Hari Raya..

Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya...Maafkan aku sekiranya ada kata2ku yang menggores perasaan atau ada perbuatanku yg menyakitkan hatimu... Halalkan makan & minumku yer...

Aku lama tak merapek kat sini atas desakan kojo yg menggunung ditambah pula aku kena transfer ke subsidiary effective 1 september ari tu...mmg life was like @#$%^&.. hehehehe.. apapapun, raya tetap raya la kan...

Ni la antara gambar yang sempat ambil masa kat umah Wan Chu kat Kg Pandan...this should be the last raya yg kami akan celebrate kat sini coz Wan Chu will be moving to Shah Alam soon... umah ni merupakan umah tinggalan arwah nenek & atuk hubby but it has been sold and the "family" house will be shifted to Shah Alam...


Pejam celik pejam celik adik pun dah 1 year..maksudnya dah 1 year gak le aku fully BF adik... no fancy celebration for her since it was during Ramadhan..lagipun dia lom tau nak appreciate lagi...masa abg dulu pun kitorang tak buat any celebration pun until he was 2..

Everything happens simultaneously..selang 2 hari gak lah wedding anniversary kami.. it has been 8 years and we've gone thru up & down throughout those years..dari penantian yang panjang untuk mendapatkan abang hinggalah kehadiran puteri kami..

Raya kali ni kami beraya di Kg Pandan dan kul 1 kami bertolak balik ke KB..it was a long day..tapi tak la seteruk journey back to KL.. masa nak balik KL ari tu (on 16th)..the traffic was soooooo bad...belum sampai Machang lagi dah sangkut..masa tu baru kul 11 pagi..we dare not take the risk to go thru Gua Musang..we were contemplating samada nak ikut Grik atau Terengganu.. kalu ikut Grik..takut Plus Hi-way jam..so kami choose to go thru Terengganu..walaupun it takes us 11 hours, at least it was a moving traffic..punyalah lama journey sampai temperature Zafran naik..

Zafran masa raya ke 6 tu (ari rabu) at 3pm kena his worst Asthma attack ever...dia cam suffocate.. bergegas kami angkat dia pie Perdana Specialist Hospital. sampai2 jer kat hospital tu, dia muntah lewah..kena la bawak dia bersihkan diri kat toilet dulu..misi2 yg duty tu pun naik risau dengar dia bernafas tu..mula2 doctor cuak takut dia kena stroke..tapi bila dia check dada and dengar lung dia..doctor pun prescribe suh dia amik nebuliser..sampai 2 kali la baru hilang bunyi dia sesak nafas tu... semua ni gara2 "air merah" dan bunga api la...masa pie beraya, semua umah dia mintak nak air merah..org bagi air kaler lain takmo..siap guling2 la...buat malu mak bapak tul la...anak sapa la ni???hahahahaha

Balik jer KL, adik plak start deman, flu & cough...sampai Monday tu aku kena amik Urgent leave la... dah la aku baru jer transfer..malu tul aku ngan boss baru aku tu...tapi nak buat camne..sib baik dia jenis memahami...aku ingat lepas tu OK la..hari rabu tu lepas solat Maghrib, aku perasan adik cam penat..nafas pun pendek2...terus aku ajak hubby pie clinic..doktor cakap lung dia dah penuh flam..so dia refer pie pead kat APSH... Aku ingat adik ni bebas la dari penyakit keturunan ni..rupa2nya aku salah...

Esoknya aku bawak adik pie APSH..apalagi..Pead terus suh admit..mmg timing tgh tak betul la...aku ada Business Plan to submit..Hubby plak SIRIM nak datang audit minggu depan.. adusssshhh..since kat umah ada nebuliser, kami koutim ngan doctor for her to admit malam tu..so kena la buat 2 kali dulu kat umah...dah la ari tu meeting abih dah dekat kul 7mlm... huhuhu..dah la nak kena pack baju adik & aku lagi...alahai...dekat kul 9 la baru kami sampai spital...

punya la teruk adik sakit kali ni sampai tak lalu makan..kalu tak pantang hulur..mesti nganga..ni baru makan 2-3 suap dia cakap "Dah"...cuak aku...tak pernah dia lagu ni...hehehe...sib baik dia still nak BF..so cover balik la.. dah masuk spital tu, harus la kena neb & physio..kesian sungguh la..dah la adik ni "best actress"..tgk jer muka physio therapist tu pun dia dah start melalak.. hahahaha.. pelakon betul la...Ni la gambar2 adik kat spital

masa physio..kena tepuk

ni kena sedut...
ni masa dah OK skit..


Akhirnya after 2 day kat APSH, adik dibenarkan discharge..tu pun koutim gak tu..kalu ikut pead dia nak suh kuar pagi esok jer..tapi memandangkan aku ada satu submission for my BP yg nak kena buat ASAP, kena la koutim..doctor siap release bersyarat lagi..kena sambung buat neb & physio kat umah sampai dia betul2 clear..cuma bila kat umah tu, takde la sedut kan...hehehehe..

Raya kali ni banyak tul cabaran yer??hehehe...tu pun sib baik my youngest sister tak jadi bertunang raya ke-4 ari tu...kalu tak lagi horror la..dah la kalut adik nak tunang..anak2 plak tak sihat..haru tahap gaban tu...so i really believe that there's always blessing in disguise for what ever things that happen to us..

GIler panjang entry ni...ye la...kampui semua citer dlm satu entry...hahahahahaha...

Friday, August 13, 2010

Surah Al Khafi

Malam kelmarin masa Tazkirah (in between solat Isya' & Tarawikh), Ustaz telah menganjurkan agar diamalkan membaca surah Kahfi ayat 107 - 110 sebelum tidur...insya allah kita akan dikejutkan pada masa2 yg mustajab untk kita melaksanakan ibadah malam...wallahualam...

Below is the article yg aku jumpa on the net yg boleh di share ngan kengkawan...


----------------------------------------------------------


Surah Al-Kahfi - Ayat 103-110


103: Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

104: (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

105: Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

106: (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

107 :Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

108 : Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.

109: Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

110: Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

Sumber : Ensiklopedia Al-Quran ( Bacaan oleh : Sheikh Al-Baset, Al-Shuraim, Al-Sudais, Al-Ghamidy)
Al- Tasneem Sdn Bhd

_________________________________________________________

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)


Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” (al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)
al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan Al Mubarak...

Alhamdullillah...bertemu juga aku dengan Ramadhan tahun ni...

Aku memohon pada Mu ya Allah...terimalah segala amalan ku ini dan perkuatkanlah fizikal dan rohaniku agar aku mampu menempuh bulan yg penuh barakah ini...





Skang ni aku tgh mengila meng"update" blog resepi ku..hahaha...maklumlah tak tau nak masak apa....huhuhuhu..sekurang-kurangnya dok update2 tu, dapat gak la inspirasi..hahahaha...

Monday, July 19, 2010

3 budak botak...

Kat umah skang ada 3 budak botak...

Babah...Zafran & Zahra... wahh..Zahra pun botak?? dah ala2 Sinead O'Connor pun ada gak la...

Semua ni gara2 Abang yg membawa KUTU...huhuhuhu...

Ari jumaat tu, balik dari opis, aku dok layan Abang minum susu kat breakfast table..sekali perasan cam ada benda putih2 atas kepala dia..terus aku belek..cam banyak plak.. aku terus panggil mami aku..tanya tu telur kutu ker?? Mami confirmkan mmg ya..WWAAAAAAAAAAAAAAAA.. anak aku ada kutu.. pastu dia siap cakap "Tadi teacher buang kutu kat kepala Zafran & Qistina"..huhuhuhu.. terus belek kepala adik...confirm..adik pun kena gak...lagi sekali WAAAAAAAAAAAAA....

Malam tu gak babah dia p beli shampoo anti lice tu...abang OK la bleh pakai shampoo tu..adik?? shampoo tu not to be used on infants...wawawawa...abih camne???

Malam tu gak abang kena pakai shampoo tu..hopefully berkesan la...esoknya pepagi lagi babah dah bawak abang pi botakkan kepala...sesampai dia kat umah..dah satu umah gelakkan kan dia..hahahaha...kelakar giler..muka nakal habis...

lepas lunch turn adik plak...hahaha..Abang takde masalah la sbb mmg dia selalu pi gunting rambut kat kedai ane tu..dari masa baby lagi..ni adik siap keriau tahap tak henggat... ane tu pegang jer kepala dia..mula la menjerit..sebijik cam abang masa 1st time cukur rambut dulu...mula2 aku ingat nak bawa adik p salun la since she's a girl..tapi Babah cakap, kalu setakat nak cukur pendek..might as well p kedai mamak jer..sekali zass jer...kalu p salun kan..depa lemah lembut budak tu plak restless berlama2 orang main kepala dia..

Abang siap pakai mata no 1 tapi since adik girl..kami cakap pakai mata no 4 la..kalu tak cam pendek sangat...so..abih la rambut yg disimpan selama 9 bulan..hahahahaha...so temporarily, no more cute getah rambut for her.. so she need to wear hairbands just a show that she's a girl..

Abang bising cakap rambut dia dah tak best.. aku cakap la dia still hensem... ni la dialog kami..

"Tak best la rambut Zafran ni..."

"Ala hensem gak.."

"tak hensem dah.."

"Abang kata babah hensem..babah pun botak gak.."

"Babah botak hensem..Zafran botak tak hensem.." gelak besar aku dengar statement ni...

"Anak ibu ni..ada rambut ker..botak ker..tetap hensem..." siap senyum2 lagi.. yg pasti dia suka pegang kepala dia..agaknya rasa tajam2 rambut yg ceracak2 tu... dengan kebotakan itu..lagi terserlah kenakalannya..muke pun mischievous semacam jer...

masa nak pegi kedai gunting tu siap senyum2 lagi..don't know what lies ahead.. :)

muke cuak tgk ane tu pegang pencukur..


ane pegang jer terus nangis....

there goes my hair...

Aku tak tau la mana depa ni dapat kutu..aku suspek Abang dapat kat sekolah...tapi FIL aku suspect depa got it from my maid yg dah lari tu..hahaha...sekali buat salah..habis lepas tu stigma yg tak elok tu lekat kat dia..hahahaha..

Tuesday, July 13, 2010

Adik kena Hand Foot & Mouth (HFM)

Last Friday (9th July 2010) Zahra was diagnosed with HFM...bertimpa2 plak sakit adik kali ni... biasala nak sampai dia umur 2 tahun kan... At least kali ni dia tak seteruk abang...abang dulu setiap bulan mesti kena buat camping trip at APSH due to his asthmatic attack..Alhamdullillah adik takde asthma..

Dah few days adik agak feverish..Hari rabu sebelum tu dah bawak dia pie clinic..ingatkan dia jangkit demam dari aku..masa tu doktor dah bagi dah ubat2 for fever, flu & cough dia.. tetiba lepas balik dari opis Jumaat tu, masa aku tgh main2 ngan dia aku perasan kat lutut dia banyak bintat2.. aku check satu badan la... sebelum tu aku dah perasan ada 2-3 bintat tapi aku ingat kena ketek nyamuk..so sapu cream jer la..tapi bila perasan bintat tu makin banyak.. aku cuak la...aku tanya Mami..dia cakap tak mungkin chicken pox sbb adik takde demam teruk..biasanya kalu chicken pox demam teruk... dia suspect measles.. so aku bawak la dia p clinic...

masa aku tunjuk bintat2 tu kat doktor, doktor cakap tu bukan measles..tapi HFM... dia suh kuarantin adik & try pisahkan adik dari abang...macamana la aku nak pisahkan 2 org ni.. umah aku bukannya bosar mana..pi mana2 mesti bertembung punya... Alhamdullillah dah berapa hari ni Abang belum menunjukkkan sebarang tanda2 dia berjangkit ngan adik..

Masa first few days yg aku tak tau dia kena HFM ni aku dah risau dah..dia grumpy giler..siap nangis yg meraung2 tu..aku mula la fikir yg bukan2.. sampai ari ni dia masih refuse bottle.. semalam adik aku bagi dia minum guna syringe...ari ni, guna syringe pun tak nak...siap lueh balik lagi.. risau la plak.. takut calcium intake dia insufficient jer.. yg herannya, makan selera semacam jer... bila baca article pasal HFM ni, mmg terjawabla knp dia takmo minum...cuma risau la sbb dia mmg underweight...bila takmo minum ni, lagi la dia kecik...huhuhu

below ni article yg aku dapat dari Sarawak Health on HFM..

What is hand, foot, and mouth disease (HFMD)?
Hand, foot, and mouth disease (HFMD) is a common illness of infants and children caused by a virus. It most often occurs in children under 10 years old. It is characterized by fever, sores/ulcers in the mouth, and a rash with blisters. The blisters may appear in the mouth, palms of the hands and soles of the feet. The rashes may also appear on buttocks and on the legs and arms. The ulcers in the mouth usually appear on the tongue, the sides of the cheeks, gums or near the throat.


What causes HFMD?
The most common causes of Hand, Foot and Mouth disease are coxsackie virus A16, enterovirus 71 (EV71) and other enteroviruses. The enterovirus group includes polioviruses, coxsackieviruses, echoviruses and other enteroviruses.


Is HFMD contagious?
Yes, HFMD is moderately contagious. A person is most contagious during the first week of the illness. The virus can be transmitted from person to person via direct contact with nose and throat discharges, saliva, fluid from blisters, or the stool of infected persons. The virus may continue to be excreted in the stools of infected persons up till 1 month. HFMD is not transmitted to or from pets or other animals.

How soon will someone become ill after getting infected?
The usual period from infection to onset of symptoms (incubation period) is 3 to 7 days. Fever is often the first symptom of HFMD followed by blister/rash.

What are the clinical signs and symptoms?
HFMD begins with a mild fever, poor appetite, malaise ("feeling sick"), and frequently a sore throat. One or 2 days after the fever begins, painful sores develop in the mouth. They begin as small red spots that blister and then often become ulcers. They are usually located on the tongue, gums, and inside of the cheeks. The skin rash develops over 1 to 2 days with flat or raised red spots, some with blisters on the palms of the hand and the soles of the feet. A person with HFMD may have only the rash or the mouth ulcers.


How is hand, foot and mouth disease diagnosed?
Hand, foot and mouth disease is usually diagnosed based on a complete history and physical examination of your child. It is generally suspected on the appearance of blister-like rash on hands, feet and mouth in children with a mild febrile illness.
Usually, the doctor can distinguish between HFMD and other causes of mouth sores based on the age of the patient, the pattern of symptoms reported by the patient or parent, and the appearance of the rash and sores on examination. A throat and/or blister swab collected preferably within 2 days of onset of HFMD may be sent to a laboratory to determine which enterovirus caused the illness.



How is HFMD treated?
Presently, there is no specific effective antivirul drugs and vaccine available for the treatment of HFMD. Symptomatic treatment is given to provide relief from fever, aches, or pain from the mouth ulcers. Dehydration is a concern because the mouth sores may make it difficult and painful for children to eat and drink. Should their affected children be having fever, the parents are advised to dress their children in light, thin clothing, to do tepid sponging with water (room temperature) as often as necessary, and to expose them under the fan. Taking enough liquids is very important apart from body temperature monitoring.

Friday, July 2, 2010

Adik & Micturating cysto urethrogram (MCU)

on 28th June 2010, adik was admitted to APSH for MCU test.. Doktor bagi option samada nak admit atau tunggu kat luar..tapi doktor suggest admit sbb ada tendency utk tak berjaya at 1st attemp..lagipun nak kena tunggu dia fall into deep sleep after dia amik sedative..

she was given sedative after lunch at about 2pm and fell asleep slightly after that.. dah inform nurse that she was asleep tapi dekat pukul 3.30pm la baru nurse datang amik kami p x-ray lab..

sesampainya kat bilik tu, nurse suh aku bogelkan dia.. terus dia wrap Zahra dlm blanket. siap strap ngan bandage lagi...nak bagi ketat..kesian aku tengok...masa bukak baju tu dia tersedar.. kena la aku hug dia dulu..bagi dia tido balik..dah dia tido tu, nurse mintak aku kuar..sbb aku tak leh tgk the procedure..aku nampak la 2-3 org staf duk kuar masuk bilik tu..tetiba dgr Zahra meraung...aku kat luar ni dah resah dah..rasa lamanya nak habis procedure tu..

bila dah abih tu, misi dukung dia kuar..dia bagi tau dah siap and aku boleh pakaikan baju balik.. for the rest of the day tu dia cam lalok jer la... ubat tu tak abih lagi effect dia..nasib baik admit.. kalu tak giler lama nak kena lepak kat lab x-ray tu..ye lar...dari pagi sampai petang...baru settle...

masa doktor round ward petang tu aku tanya dia what's the result..tapi dia cakap result tak dapat lagi...pagi esoknya la baru tau...aku citer kat doktor yg Zahra meraung2..dia cakap mmg patut pun...sbb mmg sakit bila nak masukkan tube tu ke salur kencing...kesian baby aku ni...

esoknya doktor bagi tau result test tu normal..takde abnormalities dlm aliran kencing Zahra...syukur sangat2.. Alhamdullillah...


ni procedure room...


nurse wrap adik dlm blanket..

perasan tak bandage yg diikat keliling wrap tu..tu baru skit...lepas aku kuar tu aku nampak dari cermin depa tambah lagi bandage to further restrain her...kesian tu....

ni aksi lepas masuk bilik..muka tak pueh hati,..


ni gambar2 malam tu...bosan giler duk spital...

adik tgh tgk TV..

tgh belek biskut dia...



Bilik adik kali ni depan playroom...so bila bosan, bawak la dia p playroom..at least dia boleh lepas main..cuma yg tak tahannya playroom ni sejuk gile...



Monday, June 28, 2010

What a baaaaaaaaaaaaaaad week...

Last week was my worst nightmare...

It all started on 22nd June 2010... my fridge broke down...panggil orang repair dia kata timer lari & gas tersumbat...subuh2 sepe'i tu aku realized that susu aku yg disimpn the day before tak frozen... hanya sejuk jerk..gelabah babe!!! dah la supply tgh down ni...kalu rosak stok2 susu tu harus la aku meraung...sib baik la aku ada chest freezer.. kena la pepagi tu kelam kabut transfer susu...terus melimpah ruah freezer aku tu... dah la nak repair tu amik masa.. repairman tu amik tgh ari tu, esoknya baru siap...huhuhu

23rd tu aku meeting sampai kul 8malam...huhuhu..mmg exhausted.. and to make things worst... 24th June maid ku lari... stress tahap gaban...

Biasanya at 5am, my maid akan bawak Zafran kencing and after that dia akan masuk sambung tido ngan kami tapi ari tu, Zafran masuk bilik kul 6am..Bila babah dia tanya samada dia dah kencing..dia kata lom..so babah dia panggil la "kakak" nak mintak dia bawak zafran kencing tapi tak nyahut..semua lampu still tak on..umah gelap lagi...biasanya dia akan bangun pagi and sapu umah and dia akan on semua lampu..but not on that day..

Aku terus call Kakak dia yg live nearby..kakak dia kata takde kat umah dia..call tanya agent yg bawak dia pun takde gak...pening aku... nak best lagi kebetulan Babah nak settlekan I-Card dia ngan Imiggration, so passport dia Babah simpan dlm beg laptop dia kat luar bilik...Passport tu pun dia dah angkat..agaknya masa Babah masukkan dlm beg tu dia nampak..biasanya passport tu dok dlm bilik..and bilik kami kunci bila p opis...

Sib baik takde benda yg hilang...lagipun aku takde simpan benda valuables kat luar bilik and bilik sentiasa berkunci unless kami ada kat umah...

Duit dia yg ada pada kami pun yg current gaji jer..yg lain dah hantar balik umah...ye lar..kita ni berperi kemanusiaan..bila dia kata nak hantar kat anak2 kat kampung kita antar la...tambah plak budak2 tu takde bapak..duk kt sana pun ngn mk sedara yg mata duitan..(based on her story la..)

Bila aku pi jumpa kakak dia..aku tanya la samada dia ada ckp kat kakak dia yg dia tak suke kerja ngan kami...kakak dia kata takde plak...dia cakap kami baik and treat her nice..ye la...MIL aku pun realize yg kali ni aku tak garang ngan maid aku..bukan apa...aku malas nak bising2...dia boleh handle anak2 aku ngan bik pun aku dah OK..aku paham ngan Zahra yg suke clinging tu, tak banyak kojo boleh buat...so aku tolerate la... yg menjadi persoalannya skang..KENAPA DIA LARI??? kakak dia suspek sbb dia stress pasal anak2 dia..to me kalu buat camni lagi la tak bermakna...at least kalu dia kojo, boleh gak antar duit..ni bila aku report dia lari, nama pun kena blacklist...

Till today, aku still tunggu berita dari dia thru kakak dia and agent..aku still nak dia balik coz dia dah rasi ngan Zahra and bukan senang nak dapat yg baru...aku dah cakap ngan dep yg kalu sampai ari ni dia tak balik..aku have no choice but to go to imigresen to report her...

so sementara ni, aku kena la SOS mami & mama..kesian depa... hopefully agent tu ada candidate yg dah boleh nak masuk...

Aku still berdoa if She is the best for my family, Allah bukakan hati dia utk balik kat kami..but if not...permudahkanlah bagi kami utk cari penggantinya..

Skang aku penat tahap gaban...semalam check, BP pun naik..bilakah semua ni akan berakhir??? Apalah hikmah disebalik semua ni???

Thursday, June 17, 2010

Tingkap Opisku pecah...

15hb June 2010.. dah 2 hari dah...skit lagi masuk la kategori basi...hahahaha



Pagi tu aku sepatutnya kena update boss aku pasal assignment last week since last week dia cuti panjang.. punya la aku lama aku dok tunggu turn aku..rupa2nya ada blessing in disguise aku punya turn lambat pagi tu...



by the time turn aku p ngadap boss..tgh syok2 diskus tu tetiba bunyi benda meletup..ala2 bunyi cam ada org menembak la...kuat gile.. boss tanya aku bunyi apa tu...aku selamba jer la jawab "ntahla...bunyi kren budak cuci tingkap langgar dingding kut.."hahahah.. untuk pengetahuan bilik bos aku ni sebelah jer cubicle aku...




tetiba nampak semua org dok pi kearah cubicle aku...kami pun kuar la...rupa2nya cermin kat tempat aku tu dah pecah seribu..bunyi dia crack tu sungguhla horror.. cam bila2 masa jer buleh berderai.. aku apalagi...terus collect my belongings and clearkan meja la... secretary boss terus panggil building mgmt...masa tanya depa camne buleh pecah jawapan depa .."dah sampai masa" lama gak la nak tunggu depa pecahkan bagi abih...tempat aku & my colleague yg satu "pulau" ngan aku ni mmg habisla penuh kaca...walaupun depa lapik canvas..ttp still ada percikan2 yg tersasar..


Ni la gambar2 yg sempat ditangkap..kualiti tak baguih sgt sbb pakai camera phone jer..pastu silau plak tu...


ni masa mula2 crack...


nampak cam bintik2 tapi sebenarnya dah retak seribu..


tu initial lubang yg diketuk oleh maintenance..



maintenance guy dah pecahkan separuh..



depa ketuk dari luar...since aku kat 13th floor..depa kuar siap kena pakai harness bagai la...


ni dah siap pecahkan semua..

ni la rupa tingkap temporary aku...
aku dapat special tint..hahahaha...depa cover the hole ngan board dulu...bila dah ada cermin baru depa akan ganti...katanya dlam masa seminggu gak la...
tadi ada kakak kat wing satu lagi tanya aku.."Ko test power ilmu yg ko nuntut ke?" hahahaha... aku jawab balik...bukan nuntut ilmu... tapi "aura stress ku boleh memecahkan cermin.."hahahahaha

Thursday, June 10, 2010

Life begins at 40

One of my friends told me that when his hubby turned 40, he started saying that my friend pays more attention towards the kids and he's getting less attention.

Another friend of mine told me that one of her friends told her that it is the stage where the guys starts to think whether to be a "good" hubby or a "bad" one.. it is when they start thinking about having a 2nd "home"..

my ohh my ohh my... that's not a good sign... hahahahahaha... my hubby is fast approaching that stage...muahahahahaha...

How do you know that you have a "good" or a "bad" hubby...

when i asked my colleague which is like my lil brother to me, what does he thinks about this statement.. his answer is simple...the 1st statement on the wifey is paying less attention to the hubby is just another plain reason for the hubby to start flirting... hahahaha... might be true...

morale of this entry.... just talk to your counter part when he's approaching 40...hehehehe..

Tuesday, May 25, 2010

Zafran's 4th birthday present..

Sebenarnya dah lama kami belikan dia present ni... cuma aku tak sempat nak upload kat sini jer...

when we asked him about what he wants for his birthday...dia cakap dia nak gerek... siap cakap nak gerek yg besar...takmo baby punya...masa dia cakap tu siap tunjuk aksi pegang handle tinggi..ala2 nak mintak harley pun ada...hahahaha

sebenarnya gerek ni his love at 1st sight...tengok jer gambar spiderman kat pelana tu terus decision tak berubah...nak yg tu gak...kami belikan la gak...besar la skit tapi at least dia boleh pakai lama..aku bajet bleh la dia pakai sampai primary school nanti sbb height tu boleh adjust...

disebabkan umah aku ni idak la bosa..so terpaksa la dia main gerek ni kat bawah porch tu jer...ada la kadang2 babah dia bawak dia pie playground or basket ball court yg dekat umah tu..at least luas skit la dia nak pusing...nak lepas dia bukak gate umah tu...jangan harap la... keter2 yg lalu depan umah aku ni buat jalan tu cam circuit F1.. tu pun sib baik ada hump...kalu tak..lagi la... kekadang ni aku rasa depa ni tak reti nak respek org lain la.. cuba imagine kalu tu jln depan umah depa...sure depa pun bising kan???

Ni la gambar2 abang posing on his new bike...




Wednesday, May 19, 2010

Zafran's Sports Day

15th May 2010

just a day after adik kuar dari hospital, Abang ada sports day kat sekolah Menengah Dato' Ahmad Razali.. masa mula2 sampai tu dah dah mula sore sebab auntie dia takmo ikut dia pie sports day.. siap takmo masuk barisan la.. nak aku duk ngan dia la...nak babah teman la...banyak tul songeh dia...tapi bila dah start..mula la lupa diri...cuma aku perasan anak aku ni a bit clingy...asyik nak berkepit jer ngan aku & babah dia...masa break pun sibuk nak mai kat kami...anak org lain selamba jerk aku tengok...

ni la gambar2 yg kami snap on that day...


ni babah tgh pujuk dia masuk barisan..

ni masa dok tunggu nak masuk hall...



dah penat...duduk la dulu...


perarakan masuk kontijen...Zafran is in Morning Glory...

tgh bersiap sedia nak nyanyi lagu Negaraku, Jalur gemilang & Ikrar

class cheer... "We are Morning Glory..."

masa 1st game...



ni masa game Mother & Child... kami menang 1st prize...


ni masa game Father & Child...Kami menang 1st prize lagi..


ni masa prize giving ceremony...


Abang dapat 2 medal, 1 tabung & 1 goodie bag...seronot bukan main lagi... kami plak ibu & babah dapat hadiah gak...siap nak masuk game yg lain cikgu dah tak bagi sbb kami asyik menang... hahahhahaa... sorry la cikgu... ibu & babah Zafran ni mmg kreko skit... bila tanya Zafran dia kata dia nak main...so kami masuk main la...sbb utk game Mother & Father tu parents kena volunteer...

Anyway..the teachers did a great job...the kids really enjoyed themselves..

mana tak greatnya...aku dulu masa 4 tahun mana la tahu nyanyi lagu negaraku & ikrar..

Thanks to the teachers for teaching, guiding and assisting Zafran in every way...