Rasanya belum terlambat untuk aku welcome 2008 dan 1429 Hijrah...
Cepatnya masa berlalu...usia terus berganjak...tapi kesibukan dunia tak pernah surut... astaghfirullah.. betapa kita ni terlalu mengejar dunia..kekadang aku jadi takut dengan kehidupan ini sendiri...betapa pada 1 Muharam kita berazam untuk berubah...tapi perubahan tu hanya seperti embun di hujung pagi...terbit mentari meruaplah ia...terlalu banyak azam untuk mendekat diri kepada Pencipta yang tak terlangsai...Ya Allah...berilah kesempatan kepadaku untuk melangsaikan semua hutang-hutangku ini...kuatkan iman kami dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim sejati...bukan Islam yang hanya pada agama yang tercatat di kad pengenalan kami sahaja.. nauzubillah...
Kita sentiasa berlindung dibelakang alasan kesibukan duniawi..malunya terasa diri ini..baru tadi aku baca email berkenaan TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY..terasa diri ini seperti tiada apa yg pernah aku lakukan untuk agama dan bangsa ku..I wish aku pon boleh jadi macam dia..mempunyai segala kekayaan yang menjadi impian semua manusia tapi zuhud pada masa yang sama...Allahuakbar..Bisakah aku menjadi manusia yg zuhud seperti dia...sedangkan dalam kepalaku sentiasa berlegar mencari cara utk meningkatkan taraf hidup..Agaknya itulah BARAKAH yang sentiasa Allah janjikan utk umatnya yang tidak pernah lalai dengan suruhanNya..
Ya Allah...Kurniakanlah aku kekuatan iman dan hati utk terus beramal dan melakukan semua suruhanMu.Kurniakanlah aku ketenangan hati dan jiwa agar aku sentiasa ingat kepadaMu..Kurniakanlah aku keredhaanMu agar aku dapat terus menjalani kehidupanku dengan penuh ketenangan..sesungguhnya aku sungguh malu untuk memohon kepadaMu Ya Allah..siapalah aku ini...manusia yang sentiasa lupa akan janji ku kepadaMu..manusia yang sentiasa lalai akan tanggungjawabnya terhadapMu.. Ampunkan lah dosa2 ku Ya Allah...
raptor doublemax slot
10 months ago
No comments:
Post a Comment