Thursday, August 13, 2009

Anak dan masa depan dunia....

kenapa perlu kita harus berhabis untuk hantar anak ke sekolah..sampai ada yang sanggup hantar ke sekolah private yg akan charge excessively...tak cukup ngan itu, hantar plak anak tu pie tuition...kalu parents yg bertanggung jawab, kenapa perlu membazir duit???

To me, formal education insitution hanyalah bertanggungjawab membekalkan ilmu kepada anak2 kita. Kita sebagai ibubapa la yg bertanggungjawab memastikan ilmu yg diperolehi itu digunakan sebaik mungkin..

How can i relate the school's syllabus to actual implementation?? Cuba duduk dan fikirkan kenyataan ini... BERAPA BANYAK TEORI YG KORANG BELAJAR KAT SEKOLAH HINGGA KE UNIVERSITY YG KORANG APPLY DLM HIDUP KORANG???

30%?? Tu pun aku rasa maksimum la tu... habis kenapa semua org sibuk nak dapat 20A1 dan CGPA 4.00 masa belajar dulu?? Setakat nak dapat sijil yg boleh dibanggakan??

Pernah tak korang terfikir apa yg kita belajar disebalik semua itu??Apa yg kita belajar masa kita di alam pengajian dulu???

Kalau korang dah dapat jawapannya, korang pikir balik...kenapa korang nak paksa anak korang belajar??? kenapa dia kena p sekolah??kenapa dia kena masuk uni???

Aku tak tau la pasal korang, tapi aku punya personal experience is just like this...

Mak aku belajar tak tinggi... setakat tingkatan 3...kalu zaman dulu dah boleh jadi kerani la tu... kami bukan dari keluarga senang... p sekolah pun takde la mampu nak p private school...takde la aku mampu p extra class yg caj beratus2 ringgit.. tapi aku ingat yg mami selalu pesan bahawa ilmulah yg akan tukar our std of living...tanpa ilmu kita akan sentiasa dihimpit kesusahan.. masa aku sekolah, mami was the only bread winner in the family...dia la yg nak kena tanggung anak dan adik2 belajar..aku tau betapa susahnya mami waktu tu...dgn gaji yg ciput dan surat pajak, dia besarkan kami.. masa tu aku belajar betul sbb aku tau kalu aku fail aku tak leh masuk u...aku tak leh dapat kerja elok..aku tak leh balas jasa mami...niat aku satu jer masa tu...nak jaga mami supaya mami don't need to suffer anymore... alhamdullillah... aku berjaya...walaupun skang gaji aku belum la cecah 5 digit, aku mampu bagi mami skit...

and skang aku buka mata aku luas2..adik aku yg bongsu dibesarkan dlm keadaan yg lebih senang... mami dah tak susah sangat... aku dan adik2 mami dah kerja...so she's a bit spoilt...tu yg belajar tak berapa tinggi...kenapa?? teori aku mengatakan dia tidak tahu menghargai apa yg dia ada sebab perjalanan dia telah dipermudahkan...no hardship to be her motivation...

Bila kita senang, kita take things for granted... kenapa anak2 di bangladesh yg serba susah, yang kurang infranya boleh berjaya capai golden A during dia Hi-School exam?? sebab kesusahan itulah yg mengajar kita untuk menghargai sesuatu...

Cuba pikirkan anak nelayan yg berjaya dlm SPM 2008?? apa motivationnya??? papers boleh cakap apa sahaja...tapi hakikatnya hanya dia dan Allah yg tahu...

kenapa aku sibuk berbicara berkenaan perkara ini?? sebab aku takut dengan anak2 kita yg dibesarkan dlm kemewahan ini akan hanyut... mungkin depa dapat score straight A dlm exam...sbb kita dah berhabis duit hantar dia p belajar.. tapi apa yg aku lebih takut adalah adakah kita sedang membentuk generasi baru yg berpelajaran atau generasi baru yg berilmu???

Bolehkan mereka ni continue our spirit?? Setakat pelajaran tak cukup...


Renung-renungkan lah....

Pendidikan Anak-anak...

Kenapa la lately ni banyak sangat persoalan yang timbul berkenaan pendidikan anak2???

Sahabatku Cik Fid pun sedang memperkatakan perkara yang sama di blognya..

banyaknya tekanan kepada sistem pendidikan kita hari ini... tekanan dari ibu-bapa, tekanan dari sekolah, tekanan dari ministry..at the end of the day... siapa yg paling tertekan??? ANAK2 KITA....

Siapa sebenarnya yg bertanggungjawab? Soalan cepumas tu... Ibubapa??guru??sekolah??kementerian?? SAPA????? Sapa ada jawapan kepada soalan ni??

Semua ni citer chicken and egg...sama dengan cite Bangau oh Bangau...

Siapa yang sepatutnya memikul tanggungjawab mendidik anak2?? Siapa yang akan disoal diakhirat nanti diatas kegagalan seorang anak??

Kita selalu cakap seorang anak itu dilahirkan bagaikan sehelai kain putih...kitalah yg harus mencorakkannya... siapa KITA tu??? Ibubapa?Guru?environment?

Personally aku cakap semua org bertanggungjawab tapi IBUBAPAlah yg harus memikul tanggungjawab itu...kalu nak dikira dalam percentage, parent lah yg sepatutnya memegang more than 50% share atas tanggungjawab itu..

To me kalau hantar anak kat sekolah yang canggih pun, tapi kalu ibubapa main lepas tangan pun takde guna... anak mungkin secara ilmiahnya pandai, tapi secara totalnya camne?? adakah kita sebagai ibubapa memantau dia?? adakah kita tahu bagaimana pergaulan mereka?? salah siapa kalau anak pandai tapi at the same time jadi kaki clubbing atau kaki tonggang?? salah cikgu dan sekolah gak ker???

Sekolah dan guru menyediakan service yang aku rasa cukup untuk membentuk seorang anak menjadi anak yg pandai...tapi salah siapa bila anak choose not to do their homework??? salah cikgu yang tak cukup garang?? atau salah kita sebagai ibubapa yg tak memantau kerja sekolah dan pembelajaran anak2 kita??

Tepuk la dada, tanya selera...aku rasa semua persoalan tu kita mmg tahu jawapannya...cuma kita yg choose to ignore... betul tak??

Wednesday, August 12, 2009

Zafran... spam of attention

Aku rasa sesapa yg ada anak yg hyper active cam aku mesti memahami keadaan aku ni...

Pernah tak korang rasa penatnya nak ajar anak korang??? kekadang banyak menguji kesabaran... dalam erti kata lain, nak ajar depa ni memerlukan kesabaran tahap petala ke-8...

Kekadang bila Aki (FIL) tido umah, dia akan ajak Zafran baca buku...tapi lepas tu, org tua tu akan membebel sbb cucu dia yg sorang ni tak mo dengar cakap dia.. tgh ngandung ni lagi la...aku kekadang avoid duk kat luar sbb kang tak tahan dengar Aki bebelkan Zafran... aku ni bukan apa... aku tau spam of attention Zafran ni sooooo short... dah la tu, dia nak ikut cakap dia jer...semua org lain salah.. dia hanya akan tanya org lain if he decide to... kekadang mmg la ko nak marah, tapi aku tahu aku kena sabar... that's the way he wants to learn...

Mula2 aku risau gak yg Zafran ni akan slow sbb dia takleh pay attention, tapi aku dah mula nampak resultnya...

Babah ada belikan dia satu learning tool ni...ala...bendalah yg tekan2 tu.. everytime benda tu tanya "Can you find ..... ", usually dia akan point to the correct character or alphabet... to me, that's already an achievement... walaupun aku rasa anak2 org lain dah pandai macam2, aku still bangga ngan anak aku... aku selalu berpegang dengan prinsip, every child has their own development speed... aku selalu tell myself supaya not to be pressured by the other parents around me yg dok parade citer pasal anak depa.. aku selalu tell myself that Zafran pun pandai in his own way... despite of pelat, he confidently sings the nursery rhymes yg dia tau.. sometime kalu dibiarkan, you can caught him singing along some jingles or theme songs of the TV series...

Apa yg penting, he can absorb what you are telling or taught him.. mungkin dia tak tunjuk immediately yg dia dah absorb, just wait and see... sebenarnya anak2 kita ni pandai... cuma they'll choose their own way to show it to us...

Hari tu dia sibuk cakap dia nak p school... mula2 aku ingat nak hantar kat satu pre-school with islamic approach via english medium... dlm RM4k per annum... tu ala2 aku kena commit to send zafran for the whole year kat situ..bila kenangkan Zafran punya spam of attention yg pendek ni, aku jadi cuak nk hantar dia ke pre-school yg mahal2 ni... sat lagi masuk school 2-3 hari dia decide takmo p school lagi... tak ker mampus aku... second option, aku akan hantar dia ke CEC... halfday session dlm RM200/month...klu darab campur, sama jer...cuma kat CEC aku takde one year commitment..if zafran decide takmo p sekolah after 2-3 hari, aku boleh la lagi pejam mata... Aku berpegang pada prinsip, aku takmo paksa anak aku...lagipun dia still young... kalu paksa2 sgt nanti dia rasa stress kan sapa yg susah?? lagi bahaya kan??

Apapapun, aku tau anak aku PANDAI...heheheheh and i'm proud of it....

Early education???

As parent aku rasa semua org nak anak yg pandai dan aktif kan?? Kalu tak, tekde la parents today hantar anak p kumon la, kelas tambahan la on top of their daily schools... kekadang tu aku tengok ada parents yg hantar anak p kelas2 tu as early as 3 years old..

kekadang aku terfikir... patutke??should i do the same thing?? aku kesian la kat anak aku... as early as 3 years old??? tak yah tgk jauh...my own aunty for instance... my cousin has acquired his reading skills as early as 4 years old...

bukan aku against early education ni...tapi aku rasa this kids need to be given their freedom... let the nature takes its course... i strongly believe that learning does not only happens in classrooms...

aku dulu 6 years old baru masuk pre-school...ada my schoolmate tu langsung tak pernah masuk pre-school... but at the end of the day, kita masih berjaya dalam hidup...

are we as parents yg merosakkan education system kita hari ni??? our competitiveness... our hopes and dreams to see our kids berjaya dalam hidup yg "menyesatkan" sistem pendidikan negara??? something to ponder...

Setahun aku di assign ke Foundation yg mencari anak2 bangsa yg bijak pandai and at the same time have the potential to be future leaders... tapi task itu bukan senang... memang berlambak anak2 bangsa kita yang pandai... nak cari yg score more than 8A1 dalam SPM??? beribu.... tapi mencari seorang future leader yg bakal mewarisi kita nanti tu ibarat mencari jarum dalam hay stack... otak brilliant...no doubt about it... tapi human touch and personality is not there... KOSONG!!!

Kenapa aku kata KOSONG??? they are smart kids...but they are not street smart... mereka pandai sebab mmg disogok dengan ilmu dari usia muda... they are very exam oriented... their aim are to pass the exam with flying colors...sbb tu ad yg boleh score sampai 20A1.. tapi sejauh manakah kualiti mereka ini???

Do we want our country and industry to be run by those yg very theoritical based atau those yg SMART?? aku takut bila ngenangkan depa ni yg nanti akan run the country... result oriented tu bagus...tapi kena la realistic dan applicable..

Berbalik kepada persoalan pokok... adakah kita sebagai ibubapa yg merosakkan sistem pendidikan negara??? atau adakah sistem pendidikan negara yg tak betul??? it's just chicken and egg thingy... ibubapa akan salahkan sekolah, sekolah akan salahkan institusi perguruan yg melahirkan cikgu2 ni... institusi perguruan akan salahkan sistem pendidikan kerana graduan mereka datang dr sistem pendidikan negara...sistem pendidikan negara akan salahkan ibubapa yg bersikap lepas tangan kpd sekolah dlm mendidik anak2... at the end, jadi la lagu bangau oh bangau...

have we ever sit down and think for a moment about this?? selagi kita takleh resolve issue ni, selagi itulah kita akan mendapat produk yg sama dari the supply pipeline... salah siapa bila cikgu2 hari ni kurang passion dalam mendidik anak bangsa sendiri?? salah siapa kalu bidang perguruan hanya menjadi alternatif selepas gagal mendapat pekerjaan dlm industri diluar sana??

Sejauh mana kita sebagai ibubapa memainkan peranan kita dalam mendidik anak2?? pernah tak kita terfikir yg kita akan ditanya soalan yg sama di akhirat nanti?? Ya Allah...besarnya tanggungjawab itu...

Aku sentiasa berdoa kepada Allah agar anak2 aku ni menjadi anak2 yg soleh dan solehah...yang akan sentiasa mendukung semua suruhanNya dan meninggalkan semua laranganNya...agar mereka akan menjadi anak2 yg akan sentiasa menyanyangi, menghormati dan mengingati kami..especially selepas kami tiada lagi di dunia ni...sesungguhnya doa dan ingatan mereka itulah yg akan menjadi pencen kubur kami... Ya Allah, berilah petunjuk dan kemampuan kepada kami untuk membentuk anak2 kami menjadi anak2 yg berjaya di dunia dan akhirat... amin.....