As parent aku rasa semua org nak anak yg pandai dan aktif kan?? Kalu tak, tekde la parents today hantar anak p kumon la, kelas tambahan la on top of their daily schools... kekadang tu aku tengok ada parents yg hantar anak p kelas2 tu as early as 3 years old..
kekadang aku terfikir... patutke??should i do the same thing?? aku kesian la kat anak aku... as early as 3 years old??? tak yah tgk jauh...my own aunty for instance... my cousin has acquired his reading skills as early as 4 years old...
bukan aku against early education ni...tapi aku rasa this kids need to be given their freedom... let the nature takes its course... i strongly believe that learning does not only happens in classrooms...
aku dulu 6 years old baru masuk pre-school...ada my schoolmate tu langsung tak pernah masuk pre-school... but at the end of the day, kita masih berjaya dalam hidup...
are we as parents yg merosakkan education system kita hari ni??? our competitiveness... our hopes and dreams to see our kids berjaya dalam hidup yg "menyesatkan" sistem pendidikan negara??? something to ponder...
Setahun aku di assign ke Foundation yg mencari anak2 bangsa yg bijak pandai and at the same time have the potential to be future leaders... tapi task itu bukan senang... memang berlambak anak2 bangsa kita yang pandai... nak cari yg score more than 8A1 dalam SPM??? beribu.... tapi mencari seorang future leader yg bakal mewarisi kita nanti tu ibarat mencari jarum dalam hay stack... otak brilliant...no doubt about it... tapi human touch and personality is not there... KOSONG!!!
Kenapa aku kata KOSONG??? they are smart kids...but they are not street smart... mereka pandai sebab mmg disogok dengan ilmu dari usia muda... they are very exam oriented... their aim are to pass the exam with flying colors...sbb tu ad yg boleh score sampai 20A1.. tapi sejauh manakah kualiti mereka ini???
Do we want our country and industry to be run by those yg very theoritical based atau those yg SMART?? aku takut bila ngenangkan depa ni yg nanti akan run the country... result oriented tu bagus...tapi kena la realistic dan applicable..
Berbalik kepada persoalan pokok... adakah kita sebagai ibubapa yg merosakkan sistem pendidikan negara??? atau adakah sistem pendidikan negara yg tak betul??? it's just chicken and egg thingy... ibubapa akan salahkan sekolah, sekolah akan salahkan institusi perguruan yg melahirkan cikgu2 ni... institusi perguruan akan salahkan sistem pendidikan kerana graduan mereka datang dr sistem pendidikan negara...sistem pendidikan negara akan salahkan ibubapa yg bersikap lepas tangan kpd sekolah dlm mendidik anak2... at the end, jadi la lagu bangau oh bangau...
have we ever sit down and think for a moment about this?? selagi kita takleh resolve issue ni, selagi itulah kita akan mendapat produk yg sama dari the supply pipeline... salah siapa bila cikgu2 hari ni kurang passion dalam mendidik anak bangsa sendiri?? salah siapa kalu bidang perguruan hanya menjadi alternatif selepas gagal mendapat pekerjaan dlm industri diluar sana??
Sejauh mana kita sebagai ibubapa memainkan peranan kita dalam mendidik anak2?? pernah tak kita terfikir yg kita akan ditanya soalan yg sama di akhirat nanti?? Ya Allah...besarnya tanggungjawab itu...
Aku sentiasa berdoa kepada Allah agar anak2 aku ni menjadi anak2 yg soleh dan solehah...yang akan sentiasa mendukung semua suruhanNya dan meninggalkan semua laranganNya...agar mereka akan menjadi anak2 yg akan sentiasa menyanyangi, menghormati dan mengingati kami..especially selepas kami tiada lagi di dunia ni...sesungguhnya doa dan ingatan mereka itulah yg akan menjadi pencen kubur kami... Ya Allah, berilah petunjuk dan kemampuan kepada kami untuk membentuk anak2 kami menjadi anak2 yg berjaya di dunia dan akhirat... amin.....
raptor doublemax slot
10 months ago
No comments:
Post a Comment