"Zafran nak makan kek color tu..." Tu la statement anak teruna ku bila dia tgk bibik ku buang kek lapis lebih raya ari tu...hahahaha, berapa bulan daaa kek tu dlm peti... buat semak jer...
So nak tak nak, aku kena la buat kek lapis masam manis tu raya haji ni... nak buat camne... anak punya pasal..
Now aku faham perasan mek aku bila aku cakap nak makan itu & ini.. aku ni cucu mek.. besar ngan mek.. masa awal2 aku lahir, mmg mek yg bela aku sebab mami kat KL sorang2.. atas tuntutan kerja.. lepas melahirkan aku baru dia dapat transfer balik KB.. but still aku jadi cucu belaan mek sbb mami kerja shift.. so semua makan pakai aku, mek yg jaga.. dulu masa aku kat asrama, everytime aku cuti sekolah, mesti dia sibuk tanya aku nanti balik nak makan apa... tak miss punya adalah ayam percik dia...best maut punye... bukan setakat hingga menjilat jari..menjilat tapak tangan pun ada gak...
Kelmarin masa adik aku datang umah, dia cakap mek sakit... aduihhhh.. camne ni...dah la hubby dah cakap raya haji ni nak balik setiawan.. masa tu aku dah terfikir nak pujuk dia.. tapi teringat plak hubby kena p outstation right after raya tu... habis??? adik cakap petang tu uncle aku yg doktor tu nak p tgk mek.. ikut adik aku, mek tak leh bangun.. dia ni mmg dah mula nyanyuk & ostreoporosis.. asalnya dia sakit pinggan, tapi pastu terus tak leh bangun.. tambah plak sesak nafas.. ada plak sedara yg perasan dia ada degree in medicine, pie buat assumption yg mek ada sakit jantung...cishhhh...buat aku susah hati jerk...
malam tu, aku telefon mami.. mami cakap uncle comfirm mek takde jantung... lega aku.. ada yg nak kena hampuk ngan aku ni sbb buat aku susah hati.. yg bestnya, mami citer, pagi sebelum tu nak bangun minum air pun cakap sakit... nak suh angkat tangan nak tukar baju pun beradoi.. tapi right after uncle urut2 sikit belakang dia, cakap dia sakit urat jer, terus boleh bangun berjalan.. nak golak pun ada.. so aku buat conclusion... mek aku ni dah cronic..agaknya dia sunyi.. psychologically bila ada yg datang jenguk dia, automatically dia sihat..
aku memang kagum ngan mami.. yer la, sebagai anak, this is the time dia nak balas jasa jaga org tua tu.. dalam hari2 gaduh ngan mek, dia still sabar jaga mek.. mek ni mmg dari muda mmg garang skit and very independent, so almost everyday la mami & mek gaduh sebab mek suka nak buat semua benda sendiri.. kalu aku kat tempat mami, belum tentu aku akan sesabar tu.. maklumla aku ni jenis kurang sabar.. dah la mek suke repeat benda 4-5 kali.. maklumla dia dah nyanyuk.. aku selalu pujuk mami suh sabar bila dia tepon aku cakap dia stress jaga mek... tapi ye la, senang cakap la kan...kita bukan kat tempat dia...
aku tak tau samada aku boleh menjaga mami bila dia tua cam dia jaga mek.. and adakah anak2 aku akan sabar jaga aku bila aku dah tua esok2.. ke anak2 aku akan hantar kami berdua p umah org tua2.. ntah la... yang pasti aku sentiasa memohon kepada Allah agar anak2 kami sentiasa menuruti segala suruhan-Nya.. dan meninggalkan segala larangan-Nya.. amin....
raptor doublemax slot
10 months ago
No comments:
Post a Comment