Thursday, December 10, 2009

Quality Time with the kids

Dah 2 malam aku lambat.. ari selasa, balik umah lepas solat kuar balik pie tesco, semalam (rabu) balik opis terus pie KLIA antar Mak Itty.. end up kami balik after 10pm..

Aku rasa sungguh bersalah ngan anak2 ku.. ye la..sepatutnya malam adalah masa kami ngan mereka... tu la masanya adik nak ngembeng...masa abang nak belajar..bila tak dapat nak layan mereka, rasa guilty sungguh..

semalam plak la telepon kat umah tu rosak.. dari kul 6pm, try call umah tapi tak dapat.. dok dapat mesej connection error..telefon hp maid aku plak dok dapat voice mail... time ni la dia nak p off tepon dia tu... hubby dah angin...takde telepon mintak nak pakai tepon...ada tepon p off la plak...aku bukan apa.,..kot la Zahra mengamuk sbb biasanya malam dia akan feed direct ngan aku.. risau la plak bila tak dapat nak confirm..last2 hubby p call neighbour mintak tolong dia p ketuk pintu umah aku suh maid aku call kami balik.. huish...tak pasal2 nyusahkan orang.. sib baik la si Zahra tak ngamuk..

Walaupun sampai umah dah kul 10 lebih, lepas mandi, hubby still layan Abang belajar kat starfall.com.. yer la kesian kat dia..tara dia tgh excited nak belajar ni, layan jer la..

Not to say kami ni parent yang bagus, tapi it makes me wonder, camne la parents yg tega balik jauh malam.. kekadang bila tgk Abang yg selalu excited sambut kami kat muke pintu umah tu, tak sanggup nak balik lambat.. tu baru abang sorang..esok2 kalu adik dah boleh taktih, sure akan ada 2 umah dok terjongoi kat muke pintu melompat2 seronok tgk kami balik.. hehehehe.. masa tu, penat balik kerja tu hilang.. penat tu akan datang balik bila dah nak retire for bed.. masa tu la mula nak rasa sakit satu badan.. adakah sebab mengusung beg pump yg berat naik lrt??? hahahaha.. nak beli keter lagi satu tu cam tak mampu lagi...lagipun kat opis ni parkingnya amatlah susah...

back to spending quality time with the kids.. mmg la bila tang depa nakai tu kita rasa nak marah sungguh tapi bila depa takde, sunyi yang amat.. macam last weekend bila my son termakan ajakan Tok Wan dia to spend the nite ngan dia.. so dia ikutla Tok Wan balik tido kat umah Pak Longnya.. malam tu, it's just me, hubby, Zahra & my maid.. with Zahra yg tak berapa nak berkuek tu.. kami rasa sunyi sungguh.. tu yg aku cakap kat hubby, bila dia ada asyik kena marah jer sebab naughty, bila dia takde sunyi la plak...

so aku telah berjanji dengan kedua2nya to be back home earlier today.. bila mengenangkan nanti ada ketika aku kena p outstation macamanala aku nak buat ni.. lately Zahra mula develop perangai nak ngembeng kalu nak tido.. dah kenyang pun mesti nak dok berkepit tang tu baru dia boleh lena.. tu yg babah dia bagi suggestion p cari bottle yg menyerupai breast tu if aku nak p outstation.. tapi i doubt that will helps.. takde bau badan ibu la...

Apapapun, bila dah beranak pinak ni, aku mula sedar my priority in life.. My family comes first.. ni terfikir plak, kalu la assignment aku in 2010 ni akan consume a lot of my time..matilah aku.. ada org pernah approach aku for higher rank punya position.. tapi byk yg aku fikirkan.. boleh ke aku balik sharp on time cam skang?? how frequent will i be away from my kids?? ntahla..kekadang bila fikir2kan, bukan tak mampu dari segi competency coz aku tau aku bleh buat... tapi when it comes to commitment, it really scares me..

Aku sentiasa agar diberikan yang terbaik untuk aku dan keluarga.. sesungguhnya Allah sahaja yg maha mengetahui apa yg terbaik untuk semua makhluknya...

3 comments:

RifQy NaZHaN RyZa said...

memang betul....setuju sangat..
rasa kesian sangat bila balik lambat..
Rifqy pulak bila kawan2 dia semua dah balik, dia mula la tanya cikgu dia bila mama & papa nak ambil Iqy. Tu yang tak sanggup tu.

Siti Zaiton said...

alaaa...syian nye dia..
ziza hantar iqy kat taska mana??

RifQy NaZHaN RyZa said...

saya antar kat taska an-nur, dekat dgn masjid bkt indah..selalunya ambil Rifqy dlm pukul 7 la paling lewat. Kalau boleh pukul 5.30 tu dah nak ambil.