hairan yer...org selalu bertanya apakah azam tahun baru kita bila tahun baru masehi menjelang, tapi jarang kita dengar org bertanya tentang azam tahun baru bila maal hijrah menjelang...
7 tahun sudah...pada 1 muharam 1424, aku & hubby telah bertukar status kepada "tunang".. banyak yg telah berlaku since then.. dari menjadi tunang, hingga menjadi suami isteri, kepada menjadi ibu bapa kepada anak2 yg comel..
so sekali lagi maal hijrah menjenguk.. ntah berapa lama lagi aku akan menjadi penghuni dunia ini?? kekadang aku amat takut bila mengenangkan saat aku akan meninggal semua ini.. takut kerana amalan ku yg hanya senipis kulit bawang.. takut sekiranya aku pergi tanpa sempat memohon maaf dari semua org yg mengenali ku.. takut akan kesusahan yg bakal ditanggung oleh anak2ku.. mungkil dangkal sungguh aku ni tapi aku selalu memohon agar Allah swt memanjangkan umurku utk membolehkan aku beramal & melihat anak2ku membesar.. sekurang2nya hingga mereka mampu berdikari..
Azam tahun baru ku???
1. Banyakkan amal makruf
2. spend more time with my family
3. Breastfeed for at least 2 years
4. banyakkan bersabar.. kurangkan rasa amarah..
5. uruskan rumah tangga dgn lebih baik..
6. be with Zafran for his revision
7. kurangkan berat sebanyak 5kg..heheheheeh (ketaq nk letak ni!!!)
dah la tu..tak boleh banyak...nanti tak tercapai...susah..hehehehe
Doa Akhir Tahun
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

No comments:
Post a Comment