Friday, January 29, 2010

New Job Assignment

hari ni hari terakhir aku melepak kat unit ni..
effective from 1st February ni aku akan di assign kan ke new unit...bermula la episod baru dalam kerjaya ku...

i don't know whether should i be happy or not.. it is a very challenging job..yet it will take a lot of time away from me... i've always look for challenging tasks sbb aku ni cepat bosan..

but now...my only fear right know is my pumping session.. nampak gayanya aku kena sound boss baru ku awal2 yg aku ni mengepam susu which sometime akan menyebabkan aku akan kuar2 dr discussion atau meeting... betul la org cakap hanya org yg cekal hati shj yg mampu full BF...so JANGAN sekali kali look down at mommies yg fully breastfeed their babies!!!

biasanya masa mengepamku dlm 15min per session jer...so hopefully she'll be OK with it...Infact aku dah mula ubah schedule pumping ku in anticipation of the new job tasks..aku dah mula pump early in the morning (9am) instead of 10.30am.. tgh ahri at 12.30pm & last sekali at 5pm.. tapi kekadang kalu meeting overshoot, pumping session ku akan lari..huhuhuh.. sib baik la stok yg ada mencukupi..alhamdullillah..so aku tak leh ghalit..even weekend pun aku kena pastikan aku mengepam..kalu tak sure demand akan melebihi supply... chaiyok!!caiyok!!! terpaksa la menaikkan semangat diri sendiri...kalu aku tak menaikkan semangatku...siapa lagi kan???hehehe

Wednesday, January 27, 2010

Hari ni aku training...

1st time kena pie training semasa masih dlm session pumping...

huhuhu...semalam masa dapat instruction yg tetiba aku kena pie training ari ni, aku mula gelabah...mana la aku nak pie lepak pump susu ni??? dulu masa Zafran aku pakai Avent ISIS manual pump...so takde masalah.. tapi kali ni pakai spectra3...jenuh aku SOS kengkawan tanya kat mana nak lepak pump susu...

tadi aku telah berjaya la mengepam sambil mendengar ceramah kat surau...siap bawah multiple point sendiri kot la takde suis extra...sebab kat surau tu depa ada tambah kipas berdiri so mmg ada power outlet la..

baru semalam aku reschedule pumping sessionku...tetiba hari ni lari lagi schedule tu.. ye la..masa training nak lari pie pump camne??jarak lab ngan surau bukannya sekangkang kera...kang miss plak syllibus ku...kang aku plak yg bangang tak tau nak run report dikendian hari..huhuhu...

sib baik pagi tadi before pie training centre aku dah pump dulu sekali...kasi kosong dulu..so walaupun sehingga tgh hari ni aku baru sekali pump, supply ku masih maintain la...cuma hopefully esok takde la kacau supply balik...

Tuesday, January 26, 2010

No Let down reflex..part 2

semalam aku sudah berjaya mencuri masa Pn Zatul Hijanah... dah ala2 sesi meluah perasaan gitu...

siap LC terchenta aku ni try buat diagnose lagi...macam2 dipikirkan sebab musabab aku takde let down..sampai ke conclusion yg mungkin sbb aku dah seminggu takde let down so tiap kali nak pump aku cam suspen samada kali ni akan ada let down atau tak...(korang paham tak apa yg cuba ku katakan ni???)

atas nasihat beliau..hari ini aku sudah mencuba satu kaedah baru...kerapkan pumping session & membaca novel author paberetku (Noor Suraya) sambil mengepam... hasilnya.... voalla!!!! berjaya mendapat let down.. pagi tadi session kul 9.30 dpt hasil...session kul 12.30 pun ada hasil...ni nak kena tunggu session kul 4 plak..doakan berjaya ya...tapi kul 3.30 ada meeting...kuar jap la nanti..

apapapun aku ingin mengucapkan:

TERIMA KASIH PN ZATUL HIJANAH ATAS NASIHAT
& SOKONGAN MU!!!

JASAMU DIKENANG...

Monday, January 25, 2010

No Let down reflex..

Dah seminggu keadaan ini persist.. sungguh tertekan... ini menambahkan lagi kesukaran utk mendapatkan let down yg laju.. tak tahu dimana silapku.. jenuh ku kaji..tapi tak nampak sebarang symptom yg dapat ku relatekan diriku ini...yg pasti aku tak rasa aku tgh stress pun...

berikut adalah berdasarkan desktop research ku :

1. let down reflex adalah sebahagian dr proses penyusuan. Hormon Prolactin & oxytocin mempengaruhi tindakbalas ini yang membolehkan susu dihasilkan dan dirembeskan ke dlm milk glands untuk dikeluarkan melalui milk ducts.

2. Oxytocin akan stimulate otot2 disekeliling breast bagi mengeluarkan susu.

3. setiap ibu mempunyai sensation yg berbeza-beza..ada yg akan rasa slight tingling, ada yg rasa sedikit tekanan atau ketidakselesaan atau kesakitan..tapi ada gak org yg tak rasa apapapun..

4. kesakitan, stress, embarassment, demam, caffein, rokok, alcohol, ubat2an atau anxiety boleh mempengaruhi tindakbalas ini. ini akan menyebabkan susu akan tersekat di milk gland yg mana akan memyebabkan kesakitan & kerengsaan. the release of extra adrenaline in the mother's system (the "fight or flight" response) can reduce or block the hormones which affect let-down.


5. ketidak hadiran tindak balas ini mungkin juga disebabkan oleh puting yg bengkak atau merekah, berjauhan dari Baby, pembedahan pada breast atau kerosakan pada tisu breast akibat trauma yg terdahulu.

6. adalah normal bagi ibu2 utk menghadapi kesukaran dlm mendapatkan let down reflex ini semasa proses mengepam susu. Susu may be there tapi we are facing a hard time letting down and releasing the milk. (ni yg aku sedang alami...breast menunjukkan tanda2 ada susu tapi bila pump susu tak nak kuar pun...tension!!!!!)

7. Sometimes a cycle is created, where baby fusses and pulls off atau kita pump tak kuar2 sebab the let-down is slow, which makes mom tense up, which makes the let-down even slower.

Treatment :
a. relax - dah buat tapi tak jalan..dah sampai tertido dah..
b. be comfortable and a comfortable nursing position & location - how comfortable can i be??kat office maaa..
c. Reducing distractions during nursing - dah sorang2 dlm bilik solat ni..still tak jalan gak..
d. gentle massage - dah buat..maybe salah teknik kot..
e. applying heat to the breast - ni belum try..
f. tgk gambar baby - dah try gak...
g. dengar recording suara baby nak nyusu atau bunyi dia isap susu..paling tidak bayangkan baby masa dia nak isap susu - dah cuba bayangkan tapi tak jalan gak..imagination tak cukup kuat kot.. tapi dah try watch video dia dok main2 lagi..tapi tak jalan gak..
h. bawak blankie atau baju baby..cium & sentuh bila dah sedia nak mengepam.. - ni lom buat..esok try bawak hankie dia la..

apapapun, jika masalah berterusan, silalah berbincang dengan LC... jap lagi nak p call Pn Zatul Hijanah... TOLONG!!!! SOS!!!


Friday, January 22, 2010

Kenapa harus begini???

Aku pun tak tau kenapa harus begini...

This entry was inspired by my friend's entry on her blog..

Kekadang aku mmg ringan mulut nak pie tanya couple2 hak dok berkepit sambil seluk sana sini tu soklan2 ni:

"Hangpa ni dah kawin lom??"
"tak malu ker org tgk hang dok berkelaku lagu ni??"
"Hangpa tahu dosa pahala dak??"
"Dulu masa sekolah hangpa dok belajar subjek agama islam ker??" dan yang paling best;
"MAK PAK HANGPA TAK AJAQ HANGPA KER??"

mintak jauh anak2 aku sok2 dok buat kelaku lagu tu.. kalu kantoi ngan aku dok buat perangai lagu tu..cepat la depa mereka merasa syurga di bawah tapak kaki ku ini...**mode geram tahap gaban!!"**

cita2ku yg telah kulafazkan kpd suami tercinta...adalah aku nak anak2 aku ke surau dgr cearamah agama sekurang-kurangnya 1 minggu sekali once diorang akil baligh.. setidak2nya apa yg aku & hubby tak mampu nak ajar di rumah (almaklumla ilmu ku juga cetek sungguh).. dapatlah dia belajar dari ceramah2 itu..

Aku amat sedih melihat perlakuan anak2 skang ni..bukan setakat pakaian yg tak semenggah tu...tingkah laku juga menyakitkan mata..kalau hangpa tak pernah tengok & teringin nak tengok..bukan susah..cuba naik LRT hari jumaat, sabtu @ ahad..peratilah kelakuan mereka.. ada setengah tu tanpa segan silu dok seluk poket seluar boifren dia..wat pe tu??

ada sekali tu aku siap tgk ada satu couple melayu ni..maybe student college kut..dlm early 20s, yg pompuan dok bersandar kat dada boipren dia & mamat tu plak dok cium kepala minah tu.. WEI!!! tu public transport...kalu dah tak tahan sangat & teringin sangat nak tunjuk affection tu..suh la mak pak pie masuk minang.. perlakuan2 inilah yg mendorong kepada zina.. sesungguhnya syaitan bertepuk tangan gumbira..yg lagi menyedihkan adalah..TU ADALAH ANAK BANGSA AKU!!!

Aku tak pernah putus memohon kepada Allah agar aku dijauhkan dari cubaan sebegitu melalui anak2ku.. aku sentiasa memohon agar Allah menjadikan anak2 ku anak2 yg sentiasa menuruti segala suruhanNya & meninggalkan segala laranganNya...itu aja yg mampu aku buat..

kekadang anak2 ni kat depan kita dia baik yg amat, tapi belakang kita..wallahuallam.. kita juga pernah muda..pernah melalui dunia percintaan..tapi ingatan kita kepada Allah & harapan ibu bapa kita yg menjadi pendorong kita...

Adakah kita skang sebagai ibu bapa terlalu sibuk dgn urusan duniawi hingga tidak mampu melihat perkembangan anak2 kita?? tepuk dada tanya selera.. kalau terjadi apa2 dikemudian hari jgn nak salahkan org lain.. sesungguhnya anak itu amanah dari Allah.. tanggungjawab kita takkan pernah habis sebagai ibubapa sehinggalah roh ini terpisah dari jasadnya..

wahai adik2 & anak2,
one day, kau akan menyesal dengan segala perlakuan kau yg tidak mengikut syariat itu.. and kamu hanya akan faham apa yg aku perkatakan ini once kau menjadi ibubapa juga.. betapa susahnya nak mendidik seorang anak.. perkahwinan bukan sekadar untuk melampiaskan rasa cinta tapi adalah untuk mendukung sunnah & suruhan agama...

ini adalah nasihat utk diriku jua adanya!!!!

Monday, January 18, 2010

Speeding up learning process - Starfall.com

I've been introduced to this site www.starfall.com by my dear friend...cik Fid and found it sooooo great.. bagus utk parents yg tak berapa banyak masa nak belajar bersama anak2 mereka..

it's interactive.. & my dear boy really enjoy it.. dah sebulan lebih he's hooked up with this site & he's showing great improvement...sebelum ni kalu kami nak ajar ABC, dia cukup liat... la ni pantang nampak aku bukak lappy...mesti datang menyelit kat tepi merayu-rayu aku bagi dia main kat starfall.com..

yg paling membuatkan aku bangga...semalam aku main guessing game ngan dia..he got 95% correct on the alphabet..hanya "W" dia confuse skit...dia kata tu "M"hehehee..

aku hanya nak express kebanggaanku di dalam posting ini...yang pasti..anak aku pandai...hahahahaha..sapa lagi nak puji dia kalu bukan ibu & babah dia..

Kat school ada "star" award program..kalu student tu pandai atau baik atau excell, teacher will award them a "star"... so aku janji ngan dia, kalu dia dapat banyak "star" dari teacher, birthday dia nanti aku akan bagi dia basikal as his present..so he's so motivated now...pie school pun dah tak banyak sekadak..hahahaha.. cuma bila hari dia tak dapat star tu dia cam sedih jer...kesian la plak..dia blum faham yg bukan semua situation yg teacher akan bagi dia star...

apapapun...anak aku growing & he's a smart boy!!!!

Lucky Draw by CY4.0 : Kurus Cara Sihat (16/1 - 24/1)

Aku pun tak tau kenapa skang ni aku suke betul nak dapat hadiah..so aku dgn penuh sukerela join luck draw yg telah dianjurkan oleh kawanku ini...

Dengan penuh takzim aku mengumumkan bahwa"

"Dengan ini, aku nak join Lucky Draw by CY4.0 : Kurus Cara Sihat yang CY4.0 buat kat blog dia.

Tak payah create slogan. Tak payah perah otak nak buat karangan. Tak payah jadi follower pun.

Simple & easy mcm alif ba ta kaedahnya.."


Syarat2 penyertaan adalah:
  • Lucky draw ini bermula dari 16/01/2010 sampai 12 midnite 24/01/2010.

  • Terbuka kpd blogger yg beralamat di Malaysia sahaja

  • Pemenang akan ditentukan oleh random.org. Kalau rajin, mungkin anak2 teruna saya akan buat cabutan.

  • Pastikan sebarang link yang terkandung dalam kandungan entry adalah betul.

  • First 3 lucky bloggers akan dapat 2 keping Detox Slimming Patch manakala 4 org lagi akan dapat 1 keping Detox Slimming Patch.

  • Keputusan adalah muktamad kaedahnya.

aku suke...suke...suke...

Rambut ku semakin menipis...

Setiap kali aku bersyampoo, lepas mandi, sikat rambut malah running my fingers thru my hairs...mesti ada gumpalan rambut yg akan obviously visible..huhuhu...

so sabtu lepas, aku nekad untuk memotong pendek rambutku.. sampaikan buntang rambut hair stylist tu bila aku cakap aku nak potong pendek sampai paras telinga rambutku yg mayang mengurai itu (perasan la tu!!)...heheheh

i was told that the hair fall is due to me breastfeeding...at first aku percaya lah..tapi bila aku nak karang entry ni, aku buat la desktop research skit...ternyata itu semua tidak benar... hair fall after delivery tiada kaitan dgn breastfeeding...Stopping breastfeeding will not change the amount of hair lost, or how fast it grows back..ingat tu!!!

melalui desktop research ku, didapati bahawa, normally rambut kita ni ada 3 stage iaitu grow, resting & shedding.. and the cycle will go on & on.. pada kebiasaannya average woman akan gugur 100 helai rambut sehari!!

semasa kita mengandung rambut kita akan tumbuh dgn galaknya...due to increase of estrogen level, rambut kita akan berada lebih lama dlm growing stage..biasanya growing stage adalah selama 3 tahun (kalu tak silap la) dan jumlah rambut yg dlm resting stage akan berkurangan therefore you'll notice kurang rambut gugur semasa preggy..mmg aku perasan yg rambut ku sungguh cantik masa aku preggy...

selepas bersalin, estrogen level akan menurun dgn drastiknya..dan rambut2 yg berada di growing stage akan beralih ke resting stage...resting stage ni usually berlaku selama 3 bulan.. sebab tu selepas 3 bulan kita akan perasan rambut kita gugur baai nak rak..orang tua2 cakap kalu baby mula main buih, lagi teruk rambut kita gugur..ini kerana secara kebetulan baby kita mula main buih at the age of 3 months..hehehe..hair loss can seem more extreme if your hair grew much more than normal during pregnancy, or if you have long hair.

jgn risau..your hair will go back to the pre-pregnancy thickness dlm masa 6-12 bulan selepas kita bersalin...maksudnya by the time kita celebrate our baby's 1st birthday, rambut kita akan kembali ke asal..tapi the texture of your hair is never exactly the same. It may be wavier or straighter or more dry or oily than it was before pregnancy. Ini mungkin disebabkan oleh perubahan2 hormon yg telah dilalui...

adalah dicadangkan menggunakan conditioner & sikat rambut tu dgn lembut..sila avoid blow drying atau ikat rambut terlalu ketat..paling senang..guntingla rambut jadi pendek... lagipun rambut pendek lagi senang diurus memandangkan kita ada baby kecil yg nak diurus..jika keguguran rambut anda tidak berkurangan, sila berjumpa dermatologist atau doctor kerana ada beberapa penyakit yg dikaitkan dgn hair loss ie: thyroid & low in iron

jika rambut anda yg gugur tu bersepah-sepah, silalah berhati2 kerana anggota badan baby yg kecil itu senang menyebakan rambut2 yg gugur itu terbelit pada mereka especially pada jari mereka..disebabkan struktur rambut yg halus itu, bila terbelit boleh mengakibatkan baby kita sakit..

Friday, January 15, 2010

kenapa saya perlu breastfeed??

As expecting mom..satu persoalan yg penting untuk difikirkan adalah "susu apakah yang terbaik untuk baby saya nanti?"... sebagai org yg pro breastfeeding, sure aku akan jawab "SUSU IBU aka BREAST MILK!!!!"

tapi kenapa saya begitu beria-ia promote susu ibu ni?? sebab banyak khasiatnya... antaranya:

  • melawan penyakit spt jangkitan kuman pada telinga, cirit birit, sembelit, jangkitan respitori, meningitis, diabetic, allergy,asthma, obesiti & SIDS. Ini kerana khasiat dan nutrien dari BM membantu meningkatkan kemampuan sistem imunisasi bayi bagi menghalang jangkitan dan mengurangkan pembiakan virus atau bakteria..
  • BM ini mengandungi banyak nutrisi dan senang dihadam..laktos, protein dan lemak yg terkandung didalam BM senang dihadam oleh sistem pencernaan bayi yg belum matang.
  • kos yang sungguh rendah & hampir2 FOC kerana BM won't cost u a cent..dan juga disebabkan BM kaya dengan imuniti & antibodi maka baby yg breastfeed akan kurang sakit dan ini akan mengurangkan kos hospital & mengurangkan time off ibubapanya dari office untuk menjaga baby mereka.
  • pernahkah anda dengar yg apa yg ibu makan/minum, baby yg BF akan merasa taste yg sama dlm susu mereka.. itu betul.. itulah keunikan BM..apa yg dimakan oleh ibu mereka akan dialirkan terus kepada baby melalui susu ibu.. sekaligus, baby akan didedahkan kepada different taste & flavors bergantung atas apa yg dimakan oleh ibunya..
    sila ingat...ibu yg menyusu memerlukan 500 extra kalori setiap hari..pastikan anda makan makanan yg berkhasiat & well ballanced foods..
  • sungguh convinience.. susu yg fresh sentiasa tersedia..yg penting, tak perlu bangun ditengah malam untuk menyediakan susu..kekadang dlm mengantuk2 tu susahnya nak bangun bancuh susu kan???lagi sakit hati kalu mintak our partner in bed tapi dia buat bodoh jerk...hehehe..bila kuar berjalan2 pun tak perlu bawak bekal susu..kalu zaman mak2 dulu, nak berjalan siap kena bawak susu, air kosong & air panas dlm termos..tak yah nak sterlize botol...
  • ada kajian menunjukkan baby yg fully breastfed have slightly higher IQ dari yg formula fed...(jgn ada yg sentap sudah..) tapi ada probability nya jugak kot.. anak sulung ku adalah anak BM + FM..compare ngan anak kawanku yg fully on BM, anak kawanku nampaknya lebih cergas..hehehe..baik compare ngan anak sendiri..kalu compare anak org nanti ada yg sentap...
  • skin to skin contact antara anak & ibu akan mengeratkan lagi hubungan emosi antara kedua2nya..tu lah masa untuk bond dgn anak.. yg jelas aku perasan, anak daraku walaupun seharian bersama bibik dirumah, bila dgn aku & bibik or babah dia nak amik, dia akan macam takmo jer..siap bergalih tempat lain...
  • membantu 1st time mothers utk lebih yakin untuk menjaga sendiri anak2 mereka..
  • ibu2 yg menyusu akan lebih cepat reduce their weight especially after bersalin.. ini kerana mereka akan burns more calories.. plus, rahim akan kecut lebih cepat berbanding ibu2 yg tidak menyusu..
  • ada kajian yg menunjukkan BF boleh mengurangkan risiko breast cancer, high blood pressure, diabetes,cancer uterine & ovari. kajian juga membuktikan bahawa ibu2 yg menyusu sekurang-kurangnya 7-12 bulan selepas bersalin mempunyai risiko yg lebih rendah untuk mendapat penyakit yg berkaitan cardiovascular..
  • susu ibu mengandungi sekurang-kurangnya 100 bahan kandungan yg tidak terdapat dalam susu formula...
  • so far takde yg dapat membuktikan ada baby yg allergic terhadap susu ibunya sendiri.. tapi banyak baby yg allergic kepada susu formula ie: CMPA (cow's milk protein allergy)
  • baby yg menyusu badan selalunya kurang kembung, colic atau muntah2 kecuali ibunya hentam kromo makan apa saje yg melintang depan mata..
  • poopoo & weewee baby yg BF biasanya kurang stinky
  • gigi baby yg BF biasanya lagi kuat & lurus..

Banyak tu reasons on why kita kena breastfeed..ditekankan disini...KENA!!!! lainlah kalu mmg ada halangan yg tak dapat dielakkan...tapi sebenarnya kebanyakan halangan aka alasan yg biasa kita dengar seperti susu tak dak..nipple tenggelam..tu boleh di atasi...seperti kata pepatah...NDAK SERIBU DAYA..

kalu ada masalah nak establish breastfeeding, silalah cari support group..infact most hospital kat malaysia skang ni breastfeeding friendly hospital..the nurses & mid wife are ever willing to assist you in establishing breast feeding...

just nak share my own experience masa second baby ni...aku bersalin melalui proses c-sect pada minggu ke-37.. masa 1st day, Zahra menangis tak henggat punye..aku yg masih dlm recovery status yg sungguh menyakitkan itu sungguhlah stress sampai my blood pressure naik..despite of dia duk bergayut jer, still dia keriau.. 2nd day juga begitu.. aku mula cuak..sbb masa abg dulu 2nd day dah kuar colustrum..ni bayang setitis colustrum pun tak nampak...hubby pun cuak gak...tambah2 bila dia tgk aku stress.. habis dia call..siap tny gynae..siap mintak mid wife dtg tgk aku.. gynae bagi aku peripheram yg boleh increase milk production..& d mid wife siap dtg tgk boobies aku lg..dia pun confirm kata colustrum aku tak kuar lg..tapi dia seboleh mungkin tenangkan aku..dia kata just encourage zahra to latch on..insya allah.. mmg betul...masuk hari ke-3, breastku mula engorge..amik ko!!! masa tu Allah saje yg tau..gembira tak terhingga...2 hari takde..hari ke3 terus engorge.. mana tak engorge, zahra asyik tido jerk..hahahaha.. start from there, aku dah tak toleh ke belakang...aku terus breastfeed dia hingga hari ini dan insya allah sehingga dia sendiri yg tak mo atau hingga ada aral yg melintang..

dulu masa Zafran, i was sooooo naive...1st time mother..so banyak terpengaruh ngan org sekeliling...especially the elderly..ye la...mereka kan lagi dulu makan garam..so percaya lah cakap mereka bulat2.. end up Zafran mix feeding sampai umur dia 10 bulan.. keburukan mix feeding adalah bila kurang stimulation dari baby, maka milk supply akan berkurangan..lama2 supply tak boleh mengisi demand lagi.. so kali ni aku lagi pandai..dah ramai kawan2 yg fully breastfeed..so suppport tu sungguh kuat...tambah plak hubby pun dah pandai pasai BF ni & mmg 200% behind me on this mission.. thanks for that Babah...sila ambil maklum bahawa support from people around you amatlah penting.. especially your family members.. carilah support group yg bersesuian untuk membantu anda menjayakan usaha anda untuk BF your baby...

sesungguhnya...anak kawan saya yang berumur 4 tahun dan masih menyusu telah membuat statement bahawa breast milk adalah susu suam yg paling best.. sila ambil maklum bahawa kanak2 berusia 4 tahun sudah boleh membezakan antara yg sedap atau tidak..dan telah merasa pelbagai jenis makanan..sesungguhnya kanak2 tidak pernah menipu..

so bak kata nabil...LU PIKIR LA SENDIRI!!!!
wassalam...

Thursday, January 14, 2010

Walking for Health..

Memang target 2010 ni nak reduce weight.. so kami, suami isteri dengan giatnya telah memulakan activity evening walk kami..it is all inspired my BIL.. he managed to allocate his time in the morning to walk around Bukit Antarabangsa..

since we don't have the luxury of walking in the morning due to tuntutan kerja..so kami terpaksalah buatnya disebelah petang...actually malam..coz kami hanya akan mula berjalan selepas solat maghrib... sebenarnya hendak seribu daya kan.. takde masalah sangat sebab kami berjalan di kawasan perumahan so terangla.. cuma kekadang tu adala ganguan anjing liar..anjing yg dlam gate tu tak yah citer la.. kekadang cam alunan muzik plak..coz bila satu dah start nyalak, yg lain akan sambung...

semalam hubby pakai sports tracker to calculate the distance kami jalan.. dlm masa 45min, we manage to walk for about 3.5km..wahhh...cam dekat jer... kat bawah ni aku paste map yg menunjukkan laluan kami (the red lines)..

since kami berjalan lepas maghrib & kami lalu area surau, so secara tak langsung aku berpeluang mendengar syarahan agama..hahahaha..sambil nyelam minum air la..

aku amat berharap target kami nak turun kan berat badan & amalkan gaya hidup sihat ni akan membuahkan hasil.. amin....

When to start solid food for your babies...

watch your baby..not the calendar...

that's the advice i got from www.wholesomebabyfood.com..

zaman dulu2 banyak mak2 yg bagi baby dia makan as early as 1 week old.. my hubby pun mama dia dah bagi makan nestum masa dlm pantang lagi.. tapi tu dulu...zaman takde kemudahan untuk mencapai maklumat..skang ni semua kat your finger tips..antara ngan nak usaha cari atau tak jer.. sorry la kalu ada yg terasa...tapi ini adalah hakikat...

bilakah sebenarnya anak kita sedia untuk mengambil makanan solid selain susu??? ada beberapa petanda bila anak kita dah ready to take up solid foods...antaranya..
  • dah boleh bagi tanda yg dia dah kenyang...usually baby akan alihkan muka dia dari breast atau buang botol dari mulut dia.. ini penting krn kalu dia lom pandai nak tunjuk yg dia dah kenyang, nanti ada potensi untuk over eating kerana nanti parents akan tends to bagi lagi dan lagi dan lagi..end up nanti dia muntah...atau sakit perut..
  • petanda yg paling senang..dia dah boleh duduk tegak tanpa sebarang sokongan dan kepala dia dah tegak.. ini akan membolehkan makanan travel smoothly ke dlm perut.. kalu dia tak leh duduk & makan sambil baring, ada possibility utk tercekik..
  • berkenan ngan makanan kita..tapi jgn tertipu...pada tahap umur 4-6 bulan ni, baby mmg nak masukkan semua benda dlm mulut dia pun...
  • berat semasa adalah 2 kali ganda berat semasa lahir..ie: beart masa lahir adalah 3kg, berat semasa adalah 6kg.
  • kerap bangun diwaktu malam..kekadang baby kerap terjaga diwaktu malam bukan sekadar kerana dia lapar tapi juga kerana dia kurang sihat atau teething..
biasanya waktu yang paling sesuai untuk memperkenalkan makanan solid adalah antara 4 hingga 6 bulan..memperkenalkan makanan solid terlalu awal adalah merbahaya kerana digestive system baby kita belum matang sepenuhnya.. terutamanya bagi baby yg exclusive breastfed adalah digalakkan dilewatkan ke bulan ke-6.. ini kerana baby yg fully breastfed sudah biasa dgn susu yg mudah dihadam dan dicernakan.. therefore makanan solid adalah terlalu sukar dicernakan oleh system penghadaman mereka..

Jangan risau jika baby kita hanya mendapat khasiat dari breastmilk..kerana breastmilk mengandungi cukup nutrien untuk dia membesar dan berkembang dengan baik..sebab itu kebanyakkan pead atau health practitioner menyarankan kita untuk exclusively fully breastfeed baby kita sekurang-kurangnya selama 6 bulan..

Tuesday, January 12, 2010

Latest photos of the kids..

Ni gambar2 captured lepas balik dari their cousin's birthday bash late last year.. baru teringat nak upload..the theme was white & red.. so all of us try very hard to stick to the theme la...

balik dah penat tapi abg still boleh posing..


my precious one..muke sama jerk..


the 3 of us...

i want to sleep...waaaaaa...

ada gaya pro photographer tak??

comeynye...(mak dia yg perasan lebih..)hhahahahah

i'm soooo sleepy...

fast asleep...

Ni gambar2 latest Zahra...

biasanya org kalu nampak flash pejam mata, tapi Zahra akan buntangkan mata dia..

saya dah boleh pegang botol sendiri..wahhh!!! berlagaknya...


saya dah boleh meniarap, tapi saya bergerak dgn cara bergolek instead of mengensut..

i prefer lying on my back than on my chest..



ibu selalu envy org mata besar..tu yg masa ngandung asyik tgk mata baby yg besar sbb nak bagi mata Zahra besar gak...hehehehe

besar tak mata saya???


Friday, January 8, 2010

Teacher's assistant...

it has been five days.. & yet my son still cries at the 1st thought of going to school.. manja tul anak ibu ni...

pagi tadi masa bangun tu tak nangis cam semalam..tapi bila lepas mandi babah cakap nanti pakai baju sport..dia mula merengek takmo pie sekolah.. huhuhu..aku yg kat dapur tu mula2 ingat OK la..aku dah happy dah bila dia bangun tak nangis..tapi bila dengar dia dah start merengek tu, mula la susah hati..

at least hari ni dia tak buat aksi hindustan guling2 depan pagar sekolah cam semalam..dia nak gak masuk dalam pagar tapi dalam pada tu dok menangis gak la..

kami ingat nak la jumpa teacher Tanya sbb Zafran kata semalam dia pukul friend..bila kami tanya kenapa dia pukul, dia cakap sebab friend notty..hush..susah hati aku..mana taknya pie pukul anak orang..kang mak budak tu mengamuk..abih la aku.. rupe2 nya Teacher Tanya dah resign..nak sambung belajar.. & ada la teacher baru..very young teacher..anak one of the teacher gak..

kami tanya la betul ke dia pukul friend..rupa2nya dia telah self appoint himself to be teacher's assistant..kawan dia tu dok scribble meja, so teacher marahla & pat his hand..so anak aku yg kepoh ni p pat gak tangan kawan dia tu.. hehehehehe..suke2 hati dia plak..nak gelak pun ada..

according to his teacher, Zafran only buat perangai in the morning...once masuk class dia ok la.. yg kelakar nya pagi tadi dalam dok menangis tu..boleh bye2 siap bagi flying kiss lagi..

macam-macam la anak aku sorang ni.. bila compare dia ngan anak my colleague, he's not that bad..anak kawan aku tu siap gigit mak dia sbb takmo pie sekolah..siap kerabat kaki mak.. hehehehe..

susahnya nak besarkan anak ni yer.. macam2 nak kena face.. dari masa ngandung sampai la masa depa kawin...

Wednesday, January 6, 2010

calon menantu...

hahahaha..walaupun anak2 aku masih kecik..kami pernah buat lawak yg lebih kurang macam ni la...

"Adik nanti carik boipren hensem cam Akim*" auntie cakap kat Zahra...
"Alaaa...apa class muka cam Akim tu...bukan hensem mana pun..tak sampai standard ibu la.." Ibu dia nyampuk...
sekali babah dia jawab..."Alaaa..nanti adik cari boipren yg hensem cam Babah"

HAHAHAHAHAHA...

apa moral disebalik entry yang ini??? aku nak habaq laki aku hensem??? hensem ke???hahahahaha

Tapi orang skang bukan kira hensem atau tak...janji poket penuh.. tu yg laki org pun kena sebat tu.. disebabkan hubby ku mempunyai ciri2 org kaya.. the 2B.. kekadang aku risau la gak... tambah budak2 pompuan muda skang... laki tu tua pun takpe...janji kaya & dia boleh shopping bagai nak rak..

TRUST & TOLERATION are the most important thing in marriage.. tapi kalu terlalu mempercayai pun ada bahayanya gak...so berpada-padalah..


* Akim budak AF yg berlakun citer Kau & Aku tu la...

Zafran's 1st day at school...part 2

aduihhhh..pusing kepala ibu macam ni...

today is his 3rd day at school..tapi he's still crying..

semalam at least nak gak pakai baju sekolah & naik keter.. hari ni pakai uniform pun takmo..huhuhuhu..

citer 1st day..
pagi2 macho..walaupun a bit hesitant, dia OK la... masa sampai umah ngan teacher dia kuar dari keter dgn berjurai-jurai air mata.. terkejut kami semua.. teacher zaiton yg hantar dia balik tu kata dia start nangis masa nak balik.. tanya dia kenapa nangis dia takmo jawab.. tapi dia cakap sekolah best...teacher ajar ABC..belajar tulis..belajar nyanyi.. kami cam lega la bila dia cakap BEST tu...

citer semalam...
semalam supposed to be activity day...so he needs to wear his sports attire..OK lah...dia suke.. siap naik keter semua.. tetiba..jengjengjeng.. masa babah suh dia salam hug & kiss, mata dia dah mula bergenang... aku ajak dia turun dari keter..dia turun tapi bila teacher nak amik beg dia tak bagi...dia suh simpan beg dia dlm keter..huhuhuhu...dah mula la tu.. aku pujuk gak dia masuk pintu pagar sekolah.. dia masuk tapi tiba2 dia start crying.. "Zafran nak balik.." what???? aaaa..sudah.... aku ingat dah OK..meraung-raung...abis semua teacher kuar nak pujuk dia.. menjejeh-jejeh air mata, air hidung & air mulut..sedih bebenor rupenya.. class teacher dia cakap semalam pun dia nangis tapi after break baru nangis.. so teacher kena la dukung dia sambil ngajar..kesian kat teacher Tanya..dah la kecik..nak dukung Zafran yg 15kg tu..aku yg bosar ni pun tak daya nak dukung lama2..
pujuk kata hari ni nak main kat playground pun tak jalan..huhuhuhu..walhal tu lah benda yg dia paling suke nak buat..aku musykil kenapa la anak aku ni takmo pie sekolah...susah hati aku dibuatnya...babah teman dia masuk dalam..duduk sat ngan dia.. bila teacher Zaiton amik riba dia, babah cakap dia nak p toilet jap..dia cam tak caya tapi takde la nangis..
lepas hantar dia kami p imigresen nak settlekan isu maid baru tu plak..balik dari imigresen, Mama cakap dia nampak Zafran duk meraung kat sekolah masa assembly.. mama nak pie kedai, lalu la depan sekolah dia tu...Mama perasan ada satu budak ni dok la atas bangku sambil pikul beg sedangkan kawan2 semua dok berbaris & nyanyi..rupa2nya yg dok atas bangku tu cucu dia..bila dia nampak jer mama terus dia meraung balik..hadusss...
masa balik tu dia nampak OK jer..tak nangis plak ari ni..agaknya bila tau dia dah nak balik,he stopped crying...bila tanya dia, dia citer la apa dia belajar kat sekolah..dia cakap dia main kat playground, main ball ngan friends..so aku ingat dah OK la kut..
tetiba malam tadi dia sound kat Babah dia.."Zafran takmo pie sekolah.." another WHAT???? puas la aku & babah pujuk & tanya dia kenapa dia takmo pie sekolah..dia kata sekolah TAK BEST...pulak dah..pening aku..

Citer Hari ni..hari ketiga
pagi2 masa kena kejut dah melalak..it started BAD..pujuk punya pujuk dia pi gak mandi tapi nak mandi sama babah..aku dah dengar masa mandi dia cakap kat Babah yang dia nak pakai baju Ben10..Babah cakap mana boleh..kena la pakai uniform..semua friend pakai uniform.. sudah mandi sekali lagi drama bermula..meraung2 takmo pakai uniform..dia kata baju tu tak best.. dia nak pie kedai jer..takmo pi sekolah.. babah kata kalu pakai uniform babah bawak p kedai..punya la ketegaq..sampai babah dia give up la..aku plak nak kena bersiap gak.. last2 my maid paksa gak dia pakai uniform tu..he had a lite breakfast & kami semua bersiap la nak kuar.. masa maid aku nak angkat beg dia masuk keter, tetiba dia cakap tak yah bawak beg...dia nak p kedai jer..alamak..sekali lagi drama..babah tak cakap apa, just masukkan beg dlm keter.. bila dah kuar babah cakap kat dia suh dia p sekolah dulu, babah balik petang nanti baru pi kedai..dia dah start nak ngamuk...kami cakap la kedai blom bukak sebab baru kul 8.. kedai buka kul 10.. so zafran kena la pie sekolah dulu.. sampai jer depan pintu pagar sekolah, dia start nangis balik..takmo turun..babah terpaksa dukung dia masuk.. sekali lagi drama meraung terjadi..
Headmistress dia cakap sbb he's used to be at home with maid jer...tak biasa berkawan..& he knows that kat umah ada maid so dia nak balik umah la... dia kata it should be OK..cuma Zafran ni lambat nak biasakan diri..once dia dah sronot berkawan, he'll be OK.. tapi aku still susah hati..tadi pun last2 teacher grab him & bawak dia masuk dalam..aku nampak dia meronta-ronta & menjerit-jerit..luluh hati aku as his mother tengok dia cam tu...

anank aku ni kalu kat umah, dia la taiko..bila kat sekolah..adusssss.. camne la lagi aku nak pujuk dia ni.. ada betul la gak apa headmistress tu cakap...kalu dia dah biasa duk nursery, he won't be facing any problem adjusting himself.. ni dia biasa dok sorang2 kat umah, tetiba kena p sekolah..

aku rasa mesti lama gak la baru dia boleh enjoy going to school ni.. kang weekend ni dok umah 2 hari & senin nanti buat hal lagi...cuak aku jadinya.. macam adik nak adjust dirinya ngan botol la pula lagaknya..adik kalu duk umah lama2 ngan ibu, 1st day ibu kerja mesti dia grumpy..

ada cara lain nak pujuk dia tak??aku yg tak sanggup tgk dia pagi2 menangis...when he starts his day in a bad way..the whole day will be spoilt.. bila malam suh dia pi tido awal pun dia merengek coz dia tau dia kena tido awal sebab nak kena p sekolah sedangkan going to school is not something yg dia enjoy.. hati & fikiran aku bercelaru ni...nak kojo pun tak sonang...pening la...

Monday, January 4, 2010

Zafran's 1st day at school...

waaaaaaaaa........anakku dah bosar..dah pie sekolah...

mula2 aku & hubby quite skeptical about him going to school after the experience during the orientation day tu..tapi it turns up OK..

pagi2 masa my maid nak pakaikan uniform dia kata uniform tu "TAK BEST"..hah sudoh!!! aku dah cuak..tapi pujuk2 akhirnya dia pakai gak la..kata dia hensem bila pakai baju tu...dia ni pantang org kata hensem skit...perasan tul...

he had a light breakfast...takut nanti kat sekolah dia takmo makan plak..biasa la dia ni kan anti sosial skit..beg Ben10 tu tak letak...usung la ke hulu-ke hilir..

snap these photos before left for school




sampai sekolah dia sibuk suh aku & babah masuk dalam ngan dia...a bit hesitant nak masuk dalam walaupun teacher bukak Cartoon Network..puas la teacher pujuk..susah tul la nak get him mingle ngan kawan2...dia dok la berjalan kehulu kehilir cam mandur gitu..lama gak la..ada sekali tu nak kuar balik..tapi teacher pujuk, dia masuk balik...dok la bertempek ngan teacher.. hehehehe..

macam2 bermain dlm fikiran aku...camne la anak aku ni nak makan...kang kalu makanan yg dia tak suke camne...camne dia nak pakai & bukak kasut sendiri..macam2 la..

bila dah cukup masa, 8.45am all the student di suruh line up kat luar...ala2 assembly gitu..all parents tunggu kat luar pagar..ada gak yg nangis..anak aku cam macho jerk...susahnya nak deal ngan budak2 ni...aku respect teachers ni...sabar sungguh..anak aku cam biasa la..buat muka blur ngan tangan sibuk nak masuk poket...bila teacher suh semua student nyanyi dia cam blur semacam walaupun lagu tu dia tau...habis assembly depa semua masuk class..once depa masuk, kami balik la...tu pun bila dia perasan aku & babah dia ada lg kat luar pagar, dia dah sibuk nak pi amik beg nak ikut kami balik...adusssss.. sib baik teacher dia pujuk..dia masuk dlm gak la..

these are the photos taken masa kat sekolah tadi...

nak masuk class kena bukak kasut..


gambar before masuk class

watching CN with friends

muke blur semacam jer...

takmo joint kekawan...facinated ngan beg kawan2 yg macam2..

Ni aku tgh tunggu dia balik...sepatutnya ari ni class will end at 11.30...so by 12pm sampai la tu.. transport that has been arranged by the school akan hantar dia balik...saje nak biasakan dia..kalu p amik takut later dia takmo balik ngan transport plak..

camne la dia...tak sabar nak dengar citer dia...

Zafran & Syahrul..

Syahrul is his cousin... semalam dia ikut tok wan & aki datang umah...sekali pakai baju tidur pun sama la plak...color jer lain...sekali tgk cam twin la plak...

dua2 ni mmg taiko...so just imagine bila 2 taiko berjumpa...bila tak jumpa sibuk cakap nak p umah Pak long nak main sama Syahrul...tapi bila jumpa mesti gaduh punye...berebut toys tu perkara wajib...hehehehe...

baju transformers??tak lah..baju autobot.. :-? tak sama ker??


wahhh...boleh posing tau...

Happy New Year 2010

jeeze...I know it's only 4th January 2010 but I just got the chance to copy these photos to my lappy..

we went to Hubby's auntie's house on 1st January.. just a get together thingy..lagipun kami tak pernah sampai umah dia before this..

got there by 5.30pm, had a quick snack and..KECEBUR!!! the kids end up in the pool.. zahra also kena rendam tapi kejap aje la..kang demam plak...but as usually she really enjoy the water..kalu mandi pun dia akan mengamuk kalu dia tgh syok berendam & kakak angkat dia kuar..

these are the photos captured on that day..


dah lencun...


adik pun kena rendam gak...


sebab ibu tak nak basah, babah la kena masuk ngan the kids...


takde swimming suit for me??layan je la..

adik ni sekali tgk cam boy la plak...


sejuk...brrrrrr...


me & my crazy eeyore..ni before pie umah Tok Mami..

my maid's birthday falls on 1st so celebrate sekali la...lagipun this will be her final year with us...just to make her happy..

Sunday, January 3, 2010

Orientation Day for Zafran - 020110

macam baru lagi aku lahirkan Zafran...sedar2 dia dah nak masuk sekolah... this year he'll be 4.. sat jer rasanya..tetiba anak dah besar..cam tak caya plak anak aku dah nak sekolah...

semalam Orientation Day for him at CEC Anugerah Bestari.. tak jauh pun..belakang umah aku jer.. hehehehe..very convenient kan??

masa mula2 sampai dia hesitated.. dia cakap sekolah dia bukan yg ni...yg lain.. banyak tul auta anak aku ni..ari tuh sibuk nak p sekolah.. bila suh dia p duduk kat depan ngan kawan2, dia sibuk ajak balik..dia kata ni bukan sekolah..ye la masa briefing semua tables & chairs diclearkan..so dia kata ni bukan sekolah la sbb takde tables & chairs.. susah tul bila anak yg logic thinking tinggi ni.. bila babah pujuk kata kalu dia behave & duduk ngan kawan2 nanti babah "upah" barulah dia duduk.. wahh!!! anak aku kecik2 lagi dah diajar ttg bribery??hehehehe..

the school seems OK.. lagipun this is his 1st time going to school... kami nak bagi exposure the social skill jer kat dia...we don't expect much out of him.. coz if just nak belajar ABC, insya Allah kami boleh ajar dia kat umah...even without going to school pun dia dah mula kenal huruf.. kalu the reason nak prepare him about going to school, it's too early gak.. kalu ikutkan at the age of 6 is sufficient tapi just to get him socialized and get him occupied... duk umah pun asyik dok tengok TV jer.. sampai semua character Ben10 tu dia hafal..hish!!!!

Habis briefing, Teacher Zaiton the coordinator allows us to visit the school area especially his classroom.. my first impression, keciknya...logikla..the school is using the intermediate link (corner lot) as their premise...so classroom dia tu the 2nd room..tapi ada attached bathroom...OK la...sebab Zafran ni kalu dia ghalit, dia hanya akan cakap dia nak wee2 bila dah sampai hujung..hehehe takut la tak sempat.. teacher dia dah pesan suh bekalkan extra pants kalu akut dia "cicir"..

he'll be having 17 classmate.. ada 3 meja & each table will be occupied by 6 students..small kids...takde la stuffy sangat..his teacher is Teacher Tanya... very young teacher tapi standard pre school teachers la kan...they are very charming... kalu tak charming sat lagi tak leh nak entice the kids to go to school kan??

Tomorrow will be his 1st day at school..teacher dah habaq awal2 yg aku tak leh tunggu..hehehe.. cam tau jer aku susah nak lepaskan Zafran ni alone..dia cam kecik lagi la.. Zafran ni cam anti social skit..bila org ramai dia cam kura2 nak masuk shell sendiri...kalu p playground yg ramai org mesti dia tak mo main..tu yg aku risau tu.. but that's the reason yg buat kami decide to send him to school pun.. hopefully by2nd week dia OK la...seronot la tu.. sat lagi excited nak pi sekolah plak..

teringat aku masa 1st time p pre school dulu..mami tunggu for the 1st day jerk..pastu semua on my own..bila dah jumpa kawan tu..tak kisah dah... hopefully Zafran pun camtu la..

Zafran will be at the school for the pre school session jer...by 12 the school ends and we have arraged for Teacher Zaiton to send him back..it's great for the school to arrange the transport..especially when it's their own teacher yg driving the kids back..takde la kita risau dia naik bas sekolah..tambah plak kita tak kenal drebar bas tuh..skang ni macam2 boleh jadi.. susah nak percaya org..

esok kena wait & see how he'll survive the 1st day at school.. dia excited nak p sekolah sbb nak pakai beg Ben10 dia...bukan sebab nak p sekolah...hish!!!pening mak camni..tiap kali aku cakap "nanti kita pi sekolah.." dia akan jawab "kita p sekolah bawak beg ben10.." habis camno??sabar jer la...

Zahra dah boleh pusing..part 2

pagi tadi for the first time dia boleh pusing the other way round... ari tu dari meniarap ke terlentang..tapi hari ni dia dah boleh pusing dari menelentang ke meniarap..

esok dia cukup 3 bulan..skang dah pandai gelak yg ngekek2 tu.. kekadang tu without any apparent reason tetiba dia ngekek..huh???kalu org2 tua cakap dia bergurau ngan puteri penjaga dia... HUH??? mintak jauh la... kalu cakap ngan malaikat tu sedap gak nak dengar..

tu belum campur dok mumble sorang2 sampai berbuih2 mulut tu.. aku panggil "membebel".. mmg anak dara aku yg sorang ni suka bercakap.. seingat aku masa abang dulu takde la sebanyak mulut tu...agaknya sebab dok umah ngan maid & my maid rajin dok layan dia...abang dulu dok nursery & the pengasuh ada ramai baby nak attend to so takde la melayan dia sangat...tu yg dia kurang interact ngan org..

last 2 weeks aku buat aqiqah for her & one of my colleague yg bersalin selang 4 hari ngan aku datang bawak baby dia.. mami aku punya adore kat baby dia sebab pantang tegur mesti tersengih-sengih..compare ngan Zahra, anak dara aku ni cam ada emas dalam mulut.. susah betul nak senyum..mami cakap sbb masa ngandung aku byk temper..asyik marah2 sbb tu anak susah nak senyum.. a big question mark???ada relation ker???yg aku tau masa dlm womb dia boleh rasa kalu aku stress.. tapi tak tau plak aku yg benda tu boleh membawa sampai dia kat luar womb...hehehehehe...

biasa la aku ni, kalu benda yg takleh nak prove with evident tak kisah la scientifically or not, aku susah nak terima skit..sbb tu aku suka question mami & mama bila depa cakap pasal "org tua2 cakap tak boleh ....." aku tau kekadang depa malaih nak layan aku bila aku tanya "Pasal apa tak boleh???"hehehehe..kalu org utagha kata ketegaq.. mami cakap sebab tu cuping telinga aku tebal...hahahahaha..tapi maknya tukang gunting rambut aku kata kalu cuping telinga tebal banyak Ong..boleh kaya...hahahahaha.. kat situ pun dah a big question mark..yg mana satu yg betul ni?? atau sebab degil la aku boleh berjaya dlm hidup langsung jadi kaya...hahahahha.. kalu tul..amin....hehehehee