Aku pun tak tau kenapa harus begini...
This entry was inspired by my friend's entry on her blog..
Kekadang aku mmg ringan mulut nak pie tanya couple2 hak dok berkepit sambil seluk sana sini tu soklan2 ni:
"Hangpa ni dah kawin lom??"
"tak malu ker org tgk hang dok berkelaku lagu ni??"
"Hangpa tahu dosa pahala dak??"
"Dulu masa sekolah hangpa dok belajar subjek agama islam ker??" dan yang paling best;
"MAK PAK HANGPA TAK AJAQ HANGPA KER??"
mintak jauh anak2 aku sok2 dok buat kelaku lagu tu.. kalu kantoi ngan aku dok buat perangai lagu tu..cepat la depa mereka merasa syurga di bawah tapak kaki ku ini...**mode geram tahap gaban!!"**
cita2ku yg telah kulafazkan kpd suami tercinta...adalah aku nak anak2 aku ke surau dgr cearamah agama sekurang-kurangnya 1 minggu sekali once diorang akil baligh.. setidak2nya apa yg aku & hubby tak mampu nak ajar di rumah (almaklumla ilmu ku juga cetek sungguh).. dapatlah dia belajar dari ceramah2 itu..
Aku amat sedih melihat perlakuan anak2 skang ni..bukan setakat pakaian yg tak semenggah tu...tingkah laku juga menyakitkan mata..kalau hangpa tak pernah tengok & teringin nak tengok..bukan susah..cuba naik LRT hari jumaat, sabtu @ ahad..peratilah kelakuan mereka.. ada setengah tu tanpa segan silu dok seluk poket seluar boifren dia..wat pe tu??
ada sekali tu aku siap tgk ada satu couple melayu ni..maybe student college kut..dlm early 20s, yg pompuan dok bersandar kat dada boipren dia & mamat tu plak dok cium kepala minah tu.. WEI!!! tu public transport...kalu dah tak tahan sangat & teringin sangat nak tunjuk affection tu..suh la mak pak pie masuk minang.. perlakuan2 inilah yg mendorong kepada zina.. sesungguhnya syaitan bertepuk tangan gumbira..yg lagi menyedihkan adalah..TU ADALAH ANAK BANGSA AKU!!!
Aku tak pernah putus memohon kepada Allah agar aku dijauhkan dari cubaan sebegitu melalui anak2ku.. aku sentiasa memohon agar Allah menjadikan anak2 ku anak2 yg sentiasa menuruti segala suruhanNya & meninggalkan segala laranganNya...itu aja yg mampu aku buat..
kekadang anak2 ni kat depan kita dia baik yg amat, tapi belakang kita..wallahuallam.. kita juga pernah muda..pernah melalui dunia percintaan..tapi ingatan kita kepada Allah & harapan ibu bapa kita yg menjadi pendorong kita...
Adakah kita skang sebagai ibu bapa terlalu sibuk dgn urusan duniawi hingga tidak mampu melihat perkembangan anak2 kita?? tepuk dada tanya selera.. kalau terjadi apa2 dikemudian hari jgn nak salahkan org lain.. sesungguhnya anak itu amanah dari Allah.. tanggungjawab kita takkan pernah habis sebagai ibubapa sehinggalah roh ini terpisah dari jasadnya..
wahai adik2 & anak2,
one day, kau akan menyesal dengan segala perlakuan kau yg tidak mengikut syariat itu.. and kamu hanya akan faham apa yg aku perkatakan ini once kau menjadi ibubapa juga.. betapa susahnya nak mendidik seorang anak.. perkahwinan bukan sekadar untuk melampiaskan rasa cinta tapi adalah untuk mendukung sunnah & suruhan agama...
ini adalah nasihat utk diriku jua adanya!!!!
raptor doublemax slot
10 months ago
2 comments:
memang betul kak... tapi yang salah tue kita patut tegur...terpulang la kat org tue nak terima ke tak...:d
tapi budak skang ni, kalu kita tegur silap2 kita kena marah balik..
Post a Comment